Header Ads

Filem Beauty & the Beast' tayang 30 Mac, tanpa potong adegan gay

KUALA LUMPUR - Filem Disney, Beauty and The Beast dilaporkan akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini, menurut pengumuman pihak Golden Screen Cinema (GSC) melalui Facebooknya, 5 jam yang lalu. 


Lapor Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini menegaskan, kerajaan tetap dengan pendirian tidak membenarkan penayangan filem itu jika Disney tidak dapat memenuhi permintaan Lembaga Penapisan Filem untuk memotong sebahagian kecil filem itu yang melibatkan adegan gay. 

Nur Jazlan berkata, Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya yang perlu dihormati Disney. 

Filem adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac lalu, namun ditangguhkan selepas pihak berkuasa mengeluarkan adegan gay dalam filem itu. 

Disney menegaskan bahawa mereka tidak akan menayangkan versi filem yang ditapis dan merayu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula keputusan memotong adegan gay dalam filem mereka.

Menurut undang-undang di Malaysia, homoseksual adalah satu kesalahan dan individu yang melakukan jenayah liwat boleh dikenakan hukuman penjara, sebat dan denda

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.