Header Ads

Emma Maembong Akui Pakai 3 Lapis Baju Berlakon Agenda Romantis (VIDEO)

Image result for emma maembong romantis aiman

Emma, 24, berkata, dia sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.

“Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? ini ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem pertamanya Kimchi Untuk Awak yang diadakan di sini, Sabtu.


Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail ini menjelaskan tentang adegan berpegangan tangan dan berpelukkan yang dilakonkan dalam filem berkenaan bakal mengundang persepsi negatif penonton terhadap imejnya sebagai wanita berhijab.

Dalam pada itu, Emma berkata, penonton tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui sebagai pelakon ketika di set penggambaran.

“Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.