Ahad, 26 Mac 2017

Biar Maruah Anak Tergadai Janji Dapat Bayar Sewa Rumah- Syed Azmi

  Berita Premium       Ahad, 26 Mac 2017
Dek peningkatan kos sara hidup memaksa ramai antara kita untuk buat apa saja demi mendapatkan pendapatan tambahan. APA SAHAJA demi kelangsungan hidup. Namun, tegarkah kita menutup sebelah mata demi wang sampai mengabaikan maruah anak? 
Ini kisah yang dikongsikan oleh pejuang hak perlindungan kanak-kanak. Di mana kerana kesempitan hidup, keluarga ini menyewakan ruang rumah yang mereka duduk kepada orang luar. Demi menampung kos bayar sewa rumah. Sampaikan maruah anak perempuannya tergadai.

Yang penting ada tempat tinggal.




Saya lebih kecewa berbanding sedih pasal kes ini. Walau bagaimanapun, saya nak nyatakan bahawa kes ini adalah andaian saja. Wink wink.
Seorang gadis berusia bawah 15 tahun hamil. Ia adalah kehamilan pertama. Tiada siapa yang terkejut sebab dia ada 6 adik-beradik semua tinggal di sebuah flat satu bilik. Oleh sebab miskin, mereka kadang-kadang menyewakan ruang rumah mereka, saya ulang ruang di flat yang sama kepada orang yang tidak dikenali demi mendapatkan duit untuk membayar sewa.
Secara semula jadi, penyewa akan menyelit antara anak-anak itu. Kadang-kadang anak lelaki, kadang-kadang anak gadis. Ibunya tidak peduli. Baginya ia adalah win-win situation. Mereka dapat bayar sewa dan tidur dengan dinding. Itu saja yang penting.
Salah seorang anak perempuannya mengandung. Dah tak pergi ke sekolah. Seorang sahabat kami nampak perubahan dan bertanya. Ibunya tahu. Dia tidak mendedahkan siapa punya angkara. Tak ingat yang mana.
Ibu tak mahu beri kerjasama. Dia berkeras.
Beberapa hari lalu anak perempuannya pengsan kerana dehidrasi dan pergi jumpa doktor. Saya gembira sebab hospital itu akan tahu dia hamil dan keadilan boleh menentukan arahnya. Hari ini kita nak melawat dia.
Tapi dia dah pulang ke rumah. Ibunya marah kami nak melawat. Kemudian saya sedar bahawa dia pergi jumpa doktor swasta biasa dan kerana faktor usia, mungkin mereka tidak periksa dengan teliti. Ibunya tak faham apa masalah. Tak boleh bercakap apa-apa langsung pada ibunya.

Salah siapa benda begini berlaku?


Saya bimbang mengenai kebajikan anak itu, kedua-dua kanak-kanak. Saya bimbang bayi itu mungkin jual.
Saya nak ibu tu tahu anaknya bukan macam dia. Perjalanan anaknya masih jauh.
Saya tak dapat jumpa mereka selalu. Anak gadis itu membantu keluarga. Mereka ada ayah yang tinggal dengan mereka dan mungkin menderanya dan kakaknya juga dan hanya biarkan saja.
Siapa yang boleh mendekati dan membimbing mereka secara konsisten. Inilah salah satu sebab kenapa sukar, sebab ia adalah satu proses yang panjang. Anda perlu belajar tentang masyarakat itu dan keperluan mereka.
Gambar di bawah adalah contoh sebuah bilik macam mana sempitnya tinggal beramai-ramai sehingga 2 keluarga. Apa sahaja boleh berlaku. Harganya RM600 sebulan. Anda kiralah kemampuan golongan miskin di bandar.
Kes ini bukan baru dan ia bukan saja kes disebabkan kejahilan semata-mata. Pelbagai faktor secara tidak langsung atau langsung yang menunjukkan kepada kita, orang ramai untuk salahkan.
Buat masa ini, kita masih cuba untuk berjumpa gadis itu di taman permainan yang biasa dia pergi lepas kerja. Tapi kami juga perlu sedarkan ibunya. Doakan kejayaan kami dan untuk terus tabah.
Syed Azmi, kambing kecil.
Kredit : Syed Azmi
logoblog

Thanks for reading Biar Maruah Anak Tergadai Janji Dapat Bayar Sewa Rumah- Syed Azmi

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan