Jumaat, 31 Mac 2017

Baju Pengantin Nampak Lurah Dada, Nora Danish di kritik ( 20 Gambar)

  Berita Premium       Jumaat, 31 Mac 2017
Nampaknya baju pengantin Nora Danish menjadi viral apabila nampak seksi di majlis akad nikahnya.

Bertahun-tahun mereka menyulam cinta, tanggal 30 Mac 2017 sekitar jam 8.30 malam di dewan Glasshouse at Seputeh menjadi saksi majlis pernikahan antara Nora Danish 35 dan Nedim Nazri 34 secara tertutup. Berikut antara gambar yang sempat di ambil melalui live update instagram Jejai. 



Semalam telah menyaksikan berlangsungnya majlis pernikahan diantara Nedim Nazri dan Nora Danish yang cukup meriah dan privasi. Dalam pada itu, turut tidak ketinggalan bekas suami Nora, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai hadir ke majlis tersebut. Menerusi Instagram pula, Jejai telah memberikan ucapan buat bekas isterinya itu.






“Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah. Kepada Nora, semoga anda menikmati setiap detik pada hari bahagia anda ini. Sejujurnya saya gembira anda berdua akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Tahniah! Semoga bahtera perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan segala rahmat dan kegembiraan. Saya pasti Rayqal (anak hasil perkongsian hidup Nora dengan Jejai) dan Dre (anak Nedim daripada perkahwinan pertama) turut berkongsi kegembiraan bersama kalian berdua,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.

Manakala jika dilihat ruangan komen di Instagram, ramai yang memuji tindakan Jejai yang sangat ‘gentlemen’ kerana masih hadir dan memberikan sokongan buat bekas isterinya, Nora. Untuk pengetahuan, Nora dan Jejai pernah berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki.
logoblog

Thanks for reading Baju Pengantin Nampak Lurah Dada, Nora Danish di kritik ( 20 Gambar)

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan