Selasa, 21 Mac 2017

Alyah Redha Belum Diberikan Rezeki Untuk Timang Cahaya Mata

  Berita Premium       Selasa, 21 Mac 2017
Empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah akui beliau sememangnya teringin untuk mempunyai anak tetapi sudah ditakdirkan buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Alyah memberitahu, sebelum ini beliau tertekan apabila sering ditanya tentang soal zuriat, tetapi kini beliau redha dengan ketentuan Allah SWT. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus berdoa agar satu hari nanti beliau dapat bergelar ibu.
Awal dahulu, memang saya akui agak tertekan sehingga sering bertanyakan diri sendiri, kenapa belum dikurniakan anak. Saya tidak mahu lagi situasi itu berlaku kerana ia seolah-olah saya mempersoalkan kerja Tuhan.
Image result for alyah dato ramli
Saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan ternyata kami berdua sihat tetapi mungkin belum ada rezeki. Jadi, saya hanya mampu bersabar dan berdoa sahaja.
Pengalaman pahit di masa lalu mengajar Alyah unutk menjadi seorang wanita yang lebih sabar dan bersyukur dengan apa yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
logoblog

Thanks for reading Alyah Redha Belum Diberikan Rezeki Untuk Timang Cahaya Mata

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan