Ahad, 5 Mac 2017

Abang Ipar Tegur Aqasha Dan Rita Rudaini

  Berita Premium       Ahad, 5 Mac 2017
Baru baru ini, industri hiburan tanah air heboh mengenai spekulasi hubungan antara Aqasha dan juga seorang selebriti wanita. Bagaimanapun tidak lama kemudian, hasil siasatan ahli forum CARI, seorang lelaki dengan nama Yusri Sabri telah menegur Aqasha dan juga Rita Rudaini.



Melalui kenyataan lelaki berkenaan di Facebok yang turut dipercayai abang ipar Aqasha telah menegur Aqasha dan juga Rita Rudaini berkenaan perkara yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.



Dakwa lelaki tersebut itu lagi, selebriti wanita didakwa telah muncul dan menyerang adiknya, Baizura Sabri sekaligus membuatkan dirinya tidak mampu bersabar lagi dengan perkara tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan lain, pengacara, Donna Muslim yang pernah dikaitkan dengan Rita sebelum ini memuatnaik sekeping gambar yang seakan memberi bayangan terhadap apa yang terjadi tapi gambar tersebut telah pun dipadam.



Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Aqasha mahu pun Rita berhubung isu yang sedang menular di laman sosial. Apa pun, pastinya insan insan yang terlibat dalam perkara ini mempunyai jawapan yang tersendiri. Akaun Instagram kena godam, mungkin?
logoblog

Thanks for reading Abang Ipar Tegur Aqasha Dan Rita Rudaini

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan