Rabu, 4 Januari 2017

Finland Negara Pertama Beri Gaji RM2,625 Kepada Penggangur Secara Tetap

  Berita Premium       Rabu, 4 Januari 2017
HELSINKI: Finland menjadi negara pertama di dunia memberi pendapatan tetap kepada penduduknya yang menganggur sebagai usaha menangani krisis kemiskinan.



Berdasarkan program tersebut, kerajaan akan memilih secara rawak penduduk yang menganggur untuk menyertai eksperimen khas dengan harapan dapat memberi motivasi kepada rakyat agar menyertai usaha berkenaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Eksperimen itu akan melibatkan 2,000 penganggur dari seluruh negara yang dipilih secara rawak merangkumi usia antara 25 dan 58 tahun.

Selama dua tahun, penganggur terpilih itu akan menerima pendapatan bulanan sebanyak 560 euro (RM2,625).

Menurut Institusi Jaminan Sosial atau Kela, program itu bertujuan mencari jalan untuk membentuk semula sistem keselamatan sosial sebagai usaha mengubah pasaran buruh.

Jelas insitusi itu, program tersebut juga menyasarkan untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang bercanggah dengan sistem sosial sedia ada.

Skim tersebut yang dilancarkan pada 1 Januari lalu, membawa harapan untuk mewujudkan lebih banyak insentif kepada rakyat Finland agar mereka mendapat pekerjaan.

Kebanyakan rakyat negara itu enggan bekerja selama bertahun-tahun kerana tidak mahu kehilangan faedah kebajikan yang disalurkan kerajaan kepada penganggur.

Profesor Olli Kangas dari Kela berkata, pihaknya akan memantau peserta program menggunakan gaji yang diberikan sama ada mereka menggunakan duit tersebut untuk mula bekerja atau kekal menjadi penganggur.

Berdasarkan perancangan, wang gaji berkenaan merupakan sebahagian faedah pengangguran yang akan diterima peserta jika menganggur dan pembayaran akan tetap diberikan walaupun mereka sudah mula bekerja.
logoblog

Thanks for reading Finland Negara Pertama Beri Gaji RM2,625 Kepada Penggangur Secara Tetap

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan