Ahad, 18 Disember 2016

Penyanyi Shiela Abdull Selamat Bernikah

  Berita Premium       Ahad, 18 Disember 2016
Johor Bahru: Penyanyi, Sheila Abdull, 28 dan pemain gitar, Ammar Habir, 27, selamat diijabkabulkan pada 8 pagi tadi di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat di Tampoi, di sini.



Ammar yang juga gitaris Drama Band  dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Abdullah Abdul Rahman di hadapan jurunikah, ustaz Abu Bakar Watak.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sejumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pengantin perempuan sambil disaksikan hampir 100 tetamu yang hadir.

Sheila dan Amar bertunang pada 20 Disember tahun lalu selepas sama-sama terbabit dalam industri muzik.

Majlis resepsi akan diadakan di lokasi sama mulai 11 pagi hari ini dan dijangka dihadiri kira-kira 1,500 tetamu.
logoblog

Thanks for reading Penyanyi Shiela Abdull Selamat Bernikah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan