Sabtu, 3 Disember 2016

Mahu Terus 'Enjoy', Tasha Shilla Tolak Didekati Lelaki

  Berita Premium       Sabtu, 3 Disember 2016
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shila memberitahu sejak mengesahkan dirinya kembali solo setahun lalu, ada lelaki yang meluahkan hasrat untuk menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Image result for tasha shila

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 29, bagaimanapun berkata, dia terpaksa menolak secara baik hasrat itu kerana masih belum bersedia selain ingin menikmati sepenuhnya kehidupan solonya ketika ini.

"Saya tidak nafikan lelaki yang nak dekat tu memang ada tetapi  buat masa sekarang saya letak tepi dulu soal hati dan perasaan kerana belum puas menikmati kehidupan solo yang saya sifatkan begitu enjoy sebenarnya.

"Di satu sisi, saya tidak suka memberi apa-apa harapan kepada orang kerana buat masa sekarang saya lebih selesa berkawan dulu. Soal cinta biarlah ia datang tanpa dirancang" ujarnya  ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini Tasha pernah mengumumkan untuk berehat setahun daripada lapangan seni selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya, Han Wong tahun lalu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia kini kembali dengan satu semangat baru sekembalinya ke dunia seni kerana ditawarkan satu watak penting menerusi sebuah teater epik arahan Dr Rosdeen Suboh berjudul Putera La Galigo.

logoblog

Thanks for reading Mahu Terus 'Enjoy', Tasha Shilla Tolak Didekati Lelaki

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan