(Video) Netizen Kecam Tindakan Lelaki Pukul Wanita Warga Emas Di Pusat Jagaan




MELAKA - Seorang wanita warga emas dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai pekerja rumah kebajikan, mencetuskan kemarahan netizen.

Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik ke laman Facebook sejak 3 jam lalu telah ditonton 320,000 penggunanya.








Menurut Yee Fah Lee, yang memuat naik video tersebut meminta mana-mana individu atau anak-anak wanita ini tampil menyelamatkan warga emas ini daripada terus diperlakukan seperti ini. 

Berdasarkan perkongsian netizen dalam ruangan komen tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home, di 

Justeru, netizen mengecam tindakan lelaki itu dan mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki yang mengasari mangsa.

Berdasarkan laporan The Star pada awal Januari tahun ini, terdapat 20 warga tua yang menjadi penghuni di pusat jagaan tersebut. 

Menurut Michael Seghar, rata-rata penghuni pusat itu dibuang oleh ahli keluarga masing-masing. Selain itu ada yang menghidap penyakit Alzheimer. 

Bagaimanapun, kenyataan Seghar di laman The Star itu menyatakan bahawa pemilik premis berkenaan telah meminta mereka mengosongkan rumah tersebut.  

0 comment... add one now