Selasa, 4 Oktober 2016

(Video) 'Inilah Derita Yang Saya Lalui Ketika Melarikan Diri Dari Korea Utara' - Yeonmi Park

Sebut saja nama negara Korea Utara, anda akan teringat pada apa? Fesyen rambut Kim Jong Un atau kezaliman pemimpin itu terhadap rakyatnya?



Tak kisahlah apa yang anda fikirkan, namun video pendedahan gadis Korea Utara, Yeonmi Park, 23, mula viral di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu membuatkan netizen terkesima. Mana tidaknya, di kala kita sedang leka menonton beratus-ratus saluran televisyen, mereka hanya ada satu saluran sahaja. Rancangan yang ditayangkan, hanyalah memuji-muji Kim Jong Un.

"Apa ke gila hari-hari nak tengok siaran camtu?"

Gila tak gila, itulah hakikat dan realiti kehidupan warganegara Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong Un.

"Korea Utara adalah negara yang anda tidak dapat bayangkan. Hanya ada satu saluran televisyen dan juga tiada internet. Kami tidak boleh bernyanya, berbicara, berpakaian dan berfikir apa yang kami mahukan.

"Korea Utara adalah satu-satunya negara yang menjalankan hukuman mati terhadap rakyatnya yang membuat panggilan telefon ke luar negeri secara haram.

"Rakyat Korea Utara sedang dizalimi pada saat ini. Semasa saya dibesarkan di Korea Utara, saya tidak pernah tahu tentang kisah cinta antara lelaki dan perempuan. Tiada buku, lagu atau media massa, tiada langsung filem tentang kisah cinta. Juga tiada Romeo dan Juliet. Setiap cerita yang ada hanyalah propaganda untuk mencuci otak kami tentang Kim, si diktator.

"Saya dilahirkan pada tahun 1993 dan diculik sejak dari saat itu juga. Bahkan sebelum itu saya masih belu mengerti erti kebebasan dan hak asasi manusia. Rakyat Korea Utara sedang berputus asa dan terdesak mencari kebebasan pada ketika ini.

"Sewaktu saya berusia 9 tahun, saya melihat rakan ibu saya dihukum mati di depan orang awam di atas kesalahan menonton filem barat. Jika kami mengatakan betapa kejamnya pemerintah, akan menyebabkan tiga generasi dari seluruh keluarga dipenjara atau dikenakan hukuman mati.

"Di usia 4 tahun, ibu pernah memberitahu saya agar jangan pernah berbisik sekali pun kerana hutan dan tikus boleh mendengar saya. Jujurnya pada masa itu, saya menyangka diktator Korea Utara boleh membaca fikiran saya.

"Bapa saya meninggal dunia di China, setelah kami berjaya melarikan diri dari Korea Utara. Saya terpaksa menguburkan dia secara diam-diam pada jam 3 pagi. Pada ketika itu saya berusia 4 tahun. Malah saya tidak mampu menangis. Saya takut saya akan dihantar kembali ke Korea Utara.

"Sewaktu saya melarikan diri dari Korea Utara, saya melihat ibu saya diperkosa oleh seorang broker dari China. Saya berusia 13 tahun pada waktu itu. Ibu membiarkan dirinya diperkosa untuk melindungi saya.




"Pelarian Korea Utara seramai 300,000  di China. 70% wanita dan gadis remaja menjadi mangsa dan adakalanya dijual dengan harga US$200. Kami berjalan merentasi Gurun Gobi mengikut kompas. Kalau kompas tidak berfungsi, kami bergerak berpandukan bintang untuk mencari kebebasan. Saya rasa hanya bintang yang menolong kami pada waktu itu. 

"Mongolia adalah saat kami hampir mengecapi kebebasan. Nyawa atau martabat dan kami sedar kami telah bersiap sedia untuk membunuh diri jika kami dihantar pulang ke Korea Utara. Kami ingin hidup sebagai manusia. 

"Orang selalu bertanya bagaimana caranya untuk membantu orang Korea Utara. Ada banyak caranya namun saya kongsikan tiga caranya.

1. Anggaplah anda sendiri yang mengalaminya sehingga anda boleh meningkatkan kesedaran tentang krisis kemanusiaan di Korea Utara.

2. Bantu pelarian Korea Utara yang berusaha melarikan diri negara asal untuk mencari kebebasan. 

3. Desak Kerajaan China menghantar balik pelarian Korea Utara. Kita harus memberi cahaya pada tempat yang tergelap di dunia. 

"Ini bukan hanya soal hak kami, ini hak orang Korea Utara bahawa mereka masih mempunyai harapan. Kami perlukan pemerintah dari seluruh dunia mendesak China untuk menghentikan penghantaran pulang pelarian Korea Utara.

"Sukar untuk membayangkan keadaan di Korea Utara. Tiada seorang pun manusia yang patut diperlakukan seperti itu hanya kerana di mana dia dilahirkan. Kita patut kurang fokus pada rejim tetapi lebih kepada rakyat yang semakin dilupakan. 

"Semasa saya merentasi Gurun Gobi, saya takut, saya fikir tiada seorang pun di dunia ini yang peduli. Hanya bintang yang mahu membantu saya. Tetapi anda mahu mendengar cerita saya dan anda peduli. Terima kasih banyak-banyak," katanya. 

Demikianlah pendedahan Yeonmi Park yang kini difahamkan menjadi aktivis Hak Asasi Manusia. Video tersebut merupakan rakaman pada tahun 2014 ketika menghadiri Forum Kebebasan di Dublin. 

Dikala anda sedang ketawa dan ada sesetengah yang memuji ketegasan Kim Jong Un, inilah yang rakyat Kora Utara sedang hadapi. Hidup bagaikan dalam penjara walaupun berstatuskan warganegara. -

Tiada ulasan:
Write ulasan