Rabu, 19 Oktober 2016

Tempurung Kepala Retak, Saksi Dakwa Nampak Mangsa Jatuh Melayang

GEORGETOWN - Kanak-kanak berusia tiga tahun yang terjatuh dari eskalator di kompleks beli belah Bukit Jambul, Ahad lalu, masih di bawah pemerhatian pihak Hospital Pulau Pinang, lapor The Rakyat Post.

Dalam insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 6.30 petang, mangsa, Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, terjatuh dari ketinggian 3 meter, dari tingkat satu ke tingkat bawah.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa didukung oleh bapanya ketika mereka sedang menaiki eskalator.

Sementara itu, tersebar di media sosial seorang wanita mendakwa berada di belakang keluarga mangsa ketika kejadian, tampil menceritakan keadaan sebenar.



"Saya berada betul-betul di belakang keluarga ini. Mula-mula anak lelaki mereka terjatuh dan jarinya tersepit di celah eskalator di penghujung eskalator. Si ibu cuba mengeluarkan jari anaknya. Ada luka sikit.

"Si bapa yang pada ketika itu berdiri betul-betul di tepi pemegang eskalator mungkin tengah kalut mahu melihat luka anaknya, lalu tunduk dan mangsa melayang jatuh ke bawah," kata Yuana.

Jelas seorang lagi sumber mendakwa, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala di mana tempurung kepalanya retak dan memohon orang ramai mendoakan agar mangsa cepat sembuh. - The Reporter

Tiada ulasan:
Write ulasan