'Sikap Cemburu Elly Yang Melampau Punca Kami Bercerai' - Azmi

KUALA LUMPUR - Setelah lama mendiamkan diri dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isteri, pengarah drama, Azmi Hatta, tampil mendedahkan punca sebenar penceraian dia dengan Elly Mazlein, lapor mStar.



Azmi berkata, sikap cemburu bekas isterinya yang melampau batas itu membuatkan dia berubah hati sehingga dia membuat keputusan untuk berpisah.

"Dia (Elly) seorang yang terlalu kuat cemburu. Awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

"Hampir semua projek drama yang saya arahkan, menjadi isu pertengkaran kami. Selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi, pasti saya akan dituduhnya curang.

"Sehingga sampai satu tahap, dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama," katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit mengenai perceraiannya itu.

Dalam sidang media itu, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Jelas Azmi, pertengkaran demi pertengkaran berlaku sehinggalah pelakon itu melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadapnya dalam tempoh mereka berkahwin.

"Kami tidak berhenti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat walaupun saya sudah bersumpah dengan nama Allah terhadap sesuatu perkara. Baju saya ditarik sehingga koyak selain ditumbuk dan dipukul. Malah saya disepak terajang dalam kereta ketika dia datang menyerang saya di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.

"Bapa Elly sendiri yang mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu, Elly pantas mengambil pakaian saya lalu diletakkan di luar pintu rumah," katanya dan sejak dari itu dia jarang berhubung dengan peserta Gegar Vaganza 3 berkenaan.

Azmi juga berharap, Elly berubah dan tidak lagi melakukan sebarang provokasi atau menyindirnya sehingga menimbulkan rasa kurang senangnya ketika melawat anak perempuannya yang kini dibawah jagaan Elly.

Bahkan, Azmi mahu berdamai dengan Elly dan menegaskan bahawa Faye Kusairi bukan punca perpisahan mereka.

Terdahulu, Elly mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah memaafkan bekas suami dan Faye Kusairi. Malah, dia mahu melupakan peristiwa lalu dan mencari hidup baru.

Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan berpisah pada Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.

0 comment... add one now