Jumaat, 28 Oktober 2016

Sarimah Ibrahim Sah Cerai Dengan Talak Tiga

  Berita Premium       Jumaat, 28 Oktober 2016
Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat warga Australia, Andrew John Browning pada 15 Mei 2009 terhadap pelakon dan penyampai radio Sarimah Ibrahim sebagai sah mengikut syarak.

Image result for Sarimah Ibrahim

Hakim Syarie Umamuddin Yunus juga mensabitkan gugur talak tiga pada lafaz ‘I divorce you’ (Saya ceraikan awak) yang diucapkan sebanyak tiga kali oleh Andrew atau nama Islamnya, Amir Andrew Abdullah, 42, kepada Sarimah, 37, dan lafaz itu berbentuk surih yang jelas.

Umamuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan kepada mahkamah berhubung perceraian mereka.

Terdahulu, dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.

“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya.

Sarimah diwakili peguam Marlina Amir Hamzah manakala Amir tidak diwakili peguam.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas prosiding kes terbabit, Sarimah melahirkan kesyukuran kerana semuanya berakhir.

“Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan, September lalu.
logoblog

Thanks for reading Sarimah Ibrahim Sah Cerai Dengan Talak Tiga

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan