Selasa, 4 Oktober 2016

Ramai Perempuan Tak Jaga Kebersihan Semasa Datang Haid



Hi semua,

Hari ni aku nak bincang pasal topik menstruation ataupun period yang macam tabu juga dalam masyarakat kita ni. Kenapa aku tetiba nak bincang benda ni sebab aku tengok ramai sangat yang tak jaga pasal kebersihan terutamanya masa period. Jadi aku rasa aku bertanggungjawab untuk share dengan para pembaca pasal ni sebabnya boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain, diri sendiri dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan malah kanser.

1. Aku pernah duduk asrama dengan beberapa orang yang lain dan aku selalu pelik akan ada waktu tu sekali dalam masa satu bulan ad satu orang akan tinggalkan tuala wanita dia dalam bilik mandi. (bila tanya semua tak mengaku) Selalu sangat jadi macam ni! First of all, benda tu kotor and bukan orang lain punya. So takkan la everytime orang lain yang nak kena buangkan awak punya sampah -.- Kalau dibiarkan lama-lama akan tinggalkan bau busuk.

So kawan-kawan caranya senang je, tuala wanita awak tu lepas pakai basuh bersih-bersih dengan air (optional dengan sabun) lepas tu buang dalam tong sampah yang khas untuk tuala wanita. Kalau awak basuh pad tu darah akan hilang so bau pun takde dan janganlah tinggalkan dalam bilik air yang awak kongsi dengan orang ramai tu.

2. Tuala wanita tu kalau boleh tukar 4-6 jam sekali, kalau tak baunya pergh korang memang takkan perasan tapi orang lain akan dapat hidu bau tu terutamanya kalau duduk dalam bilik yang ada aircond. Pernah weh aku pergi lawatan sekolah budak ni tak tukar langsung pad sepanjang perjalanan berbelas jam, satu bas bau darah dia. Tuala wanita yang digunakan lebih daripada 6 atau 8 jam akan menyebabkan infection kepada korang punya tutttt. Bila berlakunya infection bau dekat bawah tu jadi busuk, keputihan pun jadi teruk. Selalu sangat infection dekat bahagian tu, dia akan merebak ke bahagian dalam yang lain juga dan boleh sebabkan kanser. lagi satu korang selesa ke bila pakai pad dengan darah yang dah kering tu lama-lama? fikir-fikirkan ye.

3. Bawaklah tuala wanita dengan spender extra bila korang keluar pergi mana-mana so takdelah kes bocor ke sebagainya. Pernah dulu masa sekolah sorang budak ni dia bangun daripada kerusi dia satu kerusi tu ad bekas darah weh. Selalunya korang akan rasa tau darah keluar kalau flow heavy sangat. So aku syak budak tu tak bawak pad, dia malu nak bangun daripada kerusi and duduk sampai habis kelas. So sediakan la at least satu pad sebagai langkah berjaga-jaga, letak siap2 dalam setiap beg yang korang selalu guna. Macam aku selalu bawak 2 bag, satu handbag satu lagi beg galas. Aku letak dalam setiap bag 1 pad+1 spender. Korang pun boleh letak spender pakai buang tu, ad je jual dekat Watson, Guardian and sebagainya.

4. Kalau korang nak guna pencuci khas untuk bahagian tu pulak korang pilihlah pH dia yang almost neutral macam pH 6.5 or 7.5 ke, sebab bahagian tu pH dia almost neutral. Kalau korang guna pencuci yang terlalu acidic atau terlalu alkaline pun akan menyebabkan berlaku keputihan dan sebagainya, sebab ganggu pH optimum dekat dalam tu.

5. Track period anda! macam mana nak track period korang download je mana-mana app korang boleh search period calendar dekat playstore. pilih yang simple je yang track period korang seterusnya and period korang cycle dia normal ke tak. Macam aku, aku guna period calendar nama dia Bunny’s. Sangat senang sebab waktu dia memang selalu accurate especially kalau korang adjust setting berapa hari korang selalu period result dia lagi accurate.

2 sebab je kenapa perlu track period korang:

i-korang boleh get ready untuk period seterusnya

ii-selalu doktor akan tanya kan bila last period kalau korang ad problem macam masalah pinggang ke bahagian belakang, takdelah sampai 360 darjah mata korang berpusing nak ingat balik bila.

6. masalah senggugut. sebelum korang period make sure korang ad buat light exercise at least seminggu sebelum period terutamanya untuk bahagian lower abdomen. sebabnya senggugut tu rasa sakit sebab *muscle or wall punya contraction/relaxation(aku pun dah tak ingat wall ke muscle). aku selalu exercise lower abdomen memang berkesan, memang kurang sakit dia. korang boleh try kalau korang nak. lagi satu aku suka pakai kalau senggugut, korean thermal pad(medi heally). panas dia pergh best haha sebelum ni aku letak botol isi air panas atas perut, botol tu golek2 la pulak, tak duduk diam. yang ni korang just kena tepek je. dekat malaysia ni ad jual, aku beli dekat ig je. or korang guna botol yang jenis flat tu isi air panas je dekat dalam. biasenya orang senggugut akan rasa sejuk(shiver) menggigil-gigil. korang boleh jugak minum sup untuk heat up badan korang.
7. swimming masa period: tak digalakkan sebab korang akan rasa sangat letih masa tu banyak darah yang hilang and lagi satu air akan jadi kaler merah. sangat tak digalakkan kalau korang pergi mandi laut ke ape time tu. kalau korang degil jugak nak swimming dekat pool tu, gunalah menstruation cup. google je akan keluar pasal benda ni ye.


Okay tu je aku nak cakap untuk kali ni. Harap korang rasa tips and saranan yang aku bagi tu berguna la. Adios

Tiada ulasan:
Write ulasan