Jumaat, 28 Oktober 2016

Orang Melaka Baling Telur Semasa Saya Buat Persembahan - TOMOK

  Berita Premium       Jumaat, 28 Oktober 2016
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya ketika populariti New Boyz akhirnya tampil memohon maaf.

Image result for tomok

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 32, berkata, dia sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu biarpun mengakui agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

"Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

"Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi," ujarnya.

Tomok ditemui pada sesi fotografi bersama mStar Online bagi mempromosi lagu terbaharunya berjudul Senyuman Manis Mu di Menara Star di sini pada Rabu.

Menceritakan pengalaman pahit itu, Tomok berkata, setiap persembahan yang dilakukan ketika itu pasti menerima kecaman dengan balingan objek batu dan telur.

Katanya, ia disebabkan rasa cemburu khususnya pihak lelaki apabila lagu Sejarah Mungkin Berulang diminati oleh kebanyakkan wanita.

"Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

"Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa," ujarnya.

Bagaimanapun, Tomok berkata, dia bersyukur akhirnya dia berjaya menukar persepsi peminat yang dahulu membenci kini menjadi peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Tomok kini muncul dengan lagu baharu ciptaannya sendiri berjudul Senyuman Manis Mu.

Lagu genre reggae itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lebih santai dan sesuai untuk semua golongan pendengar.

"Lagu ini mengikut peredaran semasa yang mana orang sekarang suka sesuatu yang ringan dan santai.

"Bagi saya lagu ini ada keistimewaan tersendiri yang mana bukan hanya berkaitan tentang manusia sahaja, sebaliknya tentang haiwan," ujarnya.
logoblog

Thanks for reading Orang Melaka Baling Telur Semasa Saya Buat Persembahan - TOMOK

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan