Sabtu, 1 Oktober 2016

Mangsa Pijak Kritikal, Pembantu Rumah Ditahan


PUTRAJAYA - Ekoran viralnya video seorang wanita yang memijak kepala seorang kanak-kanak, pihak berkuasa telah menahan wanita berkenaan, lapor sumber. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah negara Arab itu, wanita yang pada mulanya dipercayai ibu kepada kanak-kanak malang itu rupa-rupanya bekerja sebagai pembantu rumah, telah memijak kepala mangsa dengan bantal tanpa belas kasihan.

Mangsa yang kesakitan menangis dan meronta-ronta cuba melepaskan diri dari kaki wanita itu, namun gagal berbuat demikian.


Ekoran viral video tersebut, pihak berkuasa di negara itu telah menahan wanita terbabit di rumah majikan bagi membantu siasatan. 

Mangsa yang berusia lingkungan 4 hingga 6 tahun itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital. -

Tiada ulasan:
Write ulasan