Isnin, 3 Oktober 2016

'Kita Lelaki, Jangan Pernah Guna Duit Perempuan'

Oleh Carlos Rafael



Dulu, ayah aku pernah pesan. Kita lelaki jangan pernah gunakan duit orang perempuan termasuk ibu, adik atau kakak. Dulu-dulu pun kalau mak bagi duit belanja extra pun tak ambil sebab ayah dah bagi siap-siap awal minggu itu. Kalau nak minta duit extra mak, kena tanya dulu ada tak kerja yang boleh tolong atau tolong bibik untuk dapat upah.

Kalau bercinta dan keluar dating, jangan pernah bagi perempuan keluarkan duit untuk bayar makan, beli apa-apa. Sebelum balik, bagi dia sedikit wang belanja. Bayar balik untuk duit tambang, minyak dan parking dia yang sudi datang berjumpa dengan kita.

Kalau sudah kahwin, jangan guna duit isteri. Sebaliknya bagi isteri duit setiap bulan untuk dia beli barang peribadi dan kehendak dia. Ini tak termasuk duit belanja dapur, itu lain. Bajet belanja bulanan tak boleh kira dengan income dari isteri. Itu duit dia dan suka hati dia pun nak buat apa.

Walau jodoh tak berpanjangan, jangan terus membenci bekas isteri dan abaikan nafkah kewangan pada dia sebab dia pernah membahagiakan kita dan mengabdikan dirinya pada kita. Kalau sudah pernah ada anak bersama, selagi dia belum berkahwin baru, hulurlah wang belanja bulanan untuk dia. Juga hulurlah sedikit wang untuk bekas mertua dan anggaplah buat bayar kos sara hidup dan upah dia menjaga anak kita.

Nafkah anak lain, bantuan untuk bekas isteri lain. Ini yang membezakan antara hak dan tanggungjawab. Nanti ada yang kata,

"Kalau begini, bangkruplah aku,"

Wahai lelaki, percayalah pada rezeki Tuhan. Walau kau ikhlas berhabis untuk mak ayah, anak, isteri, mertua, Tuhan akan berikan lebih.

"Jangan salah sangka kenapa lebihkan perempuan sebab lelaki tetap boleh hidup kalau campak dalam hutan," bak kata Waris. -

Tiada ulasan:
Write ulasan