Kisah Sebenar Deepwater Horizon Yang Perlu Anda Tahu

Deepwater Horizon (2016): Filem yang ditunggu-tunggu oleh #orangminyak

.

Pada tanggal 20 April 2010, dekat-dekat nak masuk waktu Maghrib, di pesisir lautan Gulf of Mexico, para pekerja shif pagi yang keletihan sedang bersiap untuk berehat di cabin dan sebahagiannya tengah lepak di galley area. Tapi mereka meninggalkan satu 'situasi buruk' kepada shif seterusnya iaitu bacaan tekanan/pressure dalam well meningkat secara tiba-tiba. Namun lepas mereka buat pressure test dan perbincangan, kesimpulan yang diambil ialah tak ada apa-apa masalah pada rig dan well/telaga (hakikatnya ia adalah wrong interpretation). Lalu pekerja shif malam mengambil alih control room dan oil rig seperti biasa untuk memastikan operasi drilling berjalan lancar.

Tanpa sesiapa pun perasan, sejumlah gas telah meresap keluar melalui derrick floor dan mengeluwap (condensate) dengan cepat di sekitar dinding dan lantai pelantar minyak akibat cuaca malam yang sejuk. Pada malam itu, gas detection system yang dipasang gagal berfungsi dan kebocoran gas mulai merebak ke hazardous area. Tiba-tiba, beribu-ribu meter padu air berlumpur (mud) bersama gas dan crude oil memancut keluar dari bawah laut ke atas platform Deepwater Horizon tanpa amaran siren kecemasan.



Pancutan lumpur dari perut bumi yang bertekanan sangat tinggi itu menyebabkan beberapa oil rigger yang sedang menjalankan tugas di bawah derrick tower terpelanting ke sana-sini. Mereka tidak tahu apa yang berlaku di dalam well tube beribu-ribu meter di bawah dasar laut. Pancutan air berlumpur menyebabkan bahan bakar yang sensitif ini merebak ke bahagian engine room dan spark yang berpunca dari engine telah mencetuskan letupan dasyat dan bebola api memenuhi ruang udara Gulf of Mexico, sehingga dilaporkan ia boleh dilihat dari jarak 60km. Letupan pertama, mengakibatkan para pekerja dihunjan dengan serpihan kaca dan besi, dan gelombang letupan (explosion wave) telah menyebabkan ada pekerja yang terpelanting dan tercedera teruk.

Dalam masa yang sama, crude oil dan gas terus memancut keluar dari well tube meskipun ada pekerja yang cuba untuk mengaktifkan blowout preventer (BOP) system. Api terus marak dan di sela masa antara letupan demi letupan bebola api, pekerja-pekerja yang masih hidup berusaha untuk mencari jalan keluar dari engine room, control room dan living quarters. Asap hitam memenuhi ruang, menyesakkan nafas dan menghalang penglihatan. Bahang panas kesan letupan bahan bakar minyak dan gas, tidak menyediakan pilihan lain selain daripada para penghuni Deepwater Horizon terpaksa terjun dari deck floor setinggi 60 kaki (lebih kurang 6 tingkat bangunan) terus ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.


Deepwater Horizon semi-sub (Mobile Offshore Drilling Unit – MODU) kepunyaan Transocean ni, kalau dalam dunia oil and gas boleh dikira antara penanda aras kemajuan teknologilah. Konsep binaannya lebih kurang macam Gemusut-Kakap semi-sub yang dibina untuk oil field di Sabah, cuma fungsinya sedikit berlainan. Deewater Horizon adalah drilling unit di mana sebelum tiba di Gulf of Mexico, ia sudah beroperasi di pelbagai lapangan telaga minyak sejak tahun 2001. Struktur platform semi-sub ni boleh dipindahkan dari satu well (telaga) ke satu well lain dan sesuai untuk operasi di laut dalam melebihi 1.5km. Harga Deepwater Horizon, pada ketika ianya dibina adalah USD560 juta bersamaan dengan RM2.2 bilion, murah sikit dari duit ‘derma’ 1MDB iaitu RM2.6 bilion.

Kebakaran mega ini telah berterusan selama dua hari dan akhirnya, platform sebesar dua kali padang bola ini mulai tenggelam ke dasar laut. Namun, tragedi ini tidak berhenti di situ. Well tube di dasar laut masih terus-menerus memancutkan berpuluh ribu barrel crude oil dari perut bumi dan memenuhi permukaan laut Gulf of Mexico walaupun pelbagai percubaan dibuat untuk menghentikannya. Pada hari ke-10 bencana, Obama dan kerajaan Amerika mengisytiharkan kecemasan bencana dan memaksa beliau turun melawat pantai Louisiana yang terjejas teruk.



Pelbagai cara dan teknik dibuat untuk menutup well yang bocor termasuk memasang shut-off valve, dan robot/deepsea vehicle dihantar ke dasar laut untuk menyelesaikan masalah ini. Semuanya gagal. Kesan daripada pergerakan ombak menyebabkan crude oil sudah mulai merebak ke muara sungai Mississippi. Banyak industri perikanan dan oyster termasuk pantai-pantai dan pusat peranginan terpaksa ditutup kerana tercemar, dan kerajaan US terpaksa mengisytiharkan bencana kepada industri perikanan.

Setelah hampir 3 bulan kebocoran crude oil berlalu, akhirnya well tube di dasar laut berjaya ditutup (seal) dan kebocoran berhenti sepenuhnya.

Dianggarkan kebocoran minyak mentah yang memenuhi Gulf of Mexico dan merebak ke pesisir pantai Louisiana adalah sekurang-kurangnya 150-170 juta gallons minyak mentah. Kerugian makan billion jugak ni termasuk the whole offshore facilities.

Daripada 126 krew yang terdiri daripada rombongan staf BP, operators Transocean dan pekerja-pekerja dari kontraktor lain, 11 krew dilaporkan hilang (presumed dead) dan 17 daripadanya cedera teruk.

Persoalannya, bagaimana boleh tercetusnya bencana sebesar ini? Adakah binaan berteknologi tinggi seperti Deepwater Horizon tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan?

Segala-galanya bermula dengan HUMAN ERROR.

Semasa peringkat engineering design, pelbagai sudut kemungkinan ‘disaster and failure’ wajib diambil kira, sama ada dari konteks processing system, operational, facilities design, ergonomics, dan segala jenis potential hazards. Jadi pelbagai jenis sistem e.g. detection, prevention, recovery, etc. sudah diintegrasi dalam detail design untuk offshore platform. If there's any past incident, it should be part of lesson learned list to be incorporated in future development. Misalnya, jika berlaku peningkatan pressure dalam telaga minyak dalam perut bumi yang berisiko tinggi seperti dalam kes Deepwater Horizon, Blowout Preventer (BOP) dipasang di dasar laut sebagai controller/safety measure di antara telaga di dalam perut bumi dengan paip yang bersambung ke production platform di permukaan laut.

Ada beberapa peringkat prevention system yang dibina dalam BOP yang boleh diaktifkan untuk mengelakkan berlakunya blowout disaster. Contohnya, dia akan kacip, potong dan seal saluran tiub telaga menggunakan 'blind shear ram' – tapi dalam kes Deepwater Horizon ini sistem ini gagal menahan pressure yang terlalu tinggi dan terdapat masalah teknikal pada valve akibat power loss, lalu minyak mentah bersama lumpur terus menerjah keluar sehingga ke permukaan platform. Begitu juga sistem 'break free' yang memisahkan BOP kepada dua bahagian supaya saluran paip yang mengandungi crude oil juga terputus, malangnya sistem ini GAGAL berfungsi sepenuhnya kerana independent baterinya dah lama drain. Sumber elektrik dari platform pula terputus kerana platform sedang terbakar teruk dan power generator pun dah shutdown.

Akibatnya, crude oil terus menerus menerjah keluar ke permukaan platform dan bebola api tidak putus-putus memenuhi ruang udara Gulf of Mexico. Kebakaran tidak dapat dikawal lagi dan platform Deepwater Horizon musnah sepenuhnya. Dalam laporan deep investigation, dilaporkan bahawa banyak rantaian faktor yang menjadi punca kepada bencana ini. Antaranya:

1. Wrong assessment and interpretation. Semasa pressure meningkat mendadak masa awal-awal sebelum berlaku kebocoran, staf di control room silap menafsirkan bahawa kebocoran tidak berlaku. Tetapi justifikasi yang diberikan adalah 'bladder effect' di dalam well tube. Dan ia berlaku semasa proses pertukaran shif.

2. Semasa gas leaking pada awal-awal lagi, gas detection system tidak berfungsi untuk menghantar signal and shut down the critical equipment which could trigger the explosion.

3. General alarm system tidak berfungsi sepenuhnya.

4. Prevention system - Blowout Preventer FAILED.

Dan macam-macam lagi tanggapan dan dapatan kajian bagaimana boleh terjadinya bencana terbesar di Amerika yang melibatkan human error ini. Obama pun agak bengang jugak kot sebab kesan kepada bencana ini menyebabkan kerugian kepada industri pelancongan, perikanan pesisir pantai dan laut dalam. Yang paling utama penting adalah kemusnahan ekosistem alam seperti tumbuhan dan hidupan laut, serta burung dan ikan yang mati akibat terpalit dengan crude oil yang pekat. BP sebagai pihak yang bertanggungjawab, terpaksa membayar ganti rugi yang berjumlah berbilion-bilion US dolar.

Kenapa rajin sangat aku tulis panjang-panjang ni? Bukan ada orang bayar pun.

Ok, sekodar ulang kaji case study saja. Dan aku juga nak sampaikan mesej bahawa; apabila berlakunya bencana atau kejadian atau kesilapan atau kerugian atau kekalahan, para expert dan investigator mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji, menganalisis, dan kenalpasti di manakah punca (root cause) sesuatu incident. Ya, memang semuanya adalah takdir Tuhan, sudah ditentukan. Walau bagaimanapun, nikmat akal yang Tuhan kurniakan memberi peluang kepada manusia untuk mencari lesson learned, justeru memperbaiki teknologi, menyusun mitigation plan, dan menutup ruang potential human error di masa hadapan. Begitu juga dengan bencana lain seperti air crash atau bencana alam. Apabila berlaku kemalangan, mesti kaji, kaji, dan kaji. Bukan sekadar berbual tentang ibrah di mulut semata-mata - kosong dan syok sendiri - tapi tiada ibrah yang realistik untuk proses improvement.

.

Filem Deepwater Horizon yang bakal ditayangkan bermula minggu depan, adalah 'INSPIRED BY TRUE STORY' daripada kisah ini. Apabila disebut 'diinspirasikan oleh', barangkali jalan cerita dan rentetan kejadian mungkin tidak 100% tepat seperti kronologi asal. Sebenarnya ada lagi satu filem yang menggunakan kes Deepwater Horizon sebagai latar filem iaitu The Runner (2015), tapi plot cerita ni lebih kepada bagaimana mengurus aftermath bencana dan berkait dengan orang politik.

Tapi bagi aku, penting untuk orang awam menghayati filem ini untuk mengetahui:

1. Bagaimana tingginya risiko kehidupan riggers, offshore workers atau 'orang minyak' yang bekerja di tengah laut dan pengorbanan meninggalkan keluarga masing-masing.

2. Bagaimana proses penghasilan minyak dari perut bumi (drilling), hinggalah ke atas platform (production dan processing). Kerana inilah sumber yang telah berjaya memajukan banyak negara pengeluar minyak termasuk Malaysia dan terus memberi nafas kepada industri tenaga.

3. Menjawab persoalan kenapa depa ni gaji sampai 5-6 angka sebulan.

4. Kesedaran terhadap betapa pentingnya safety and health di kawasan industri dan tempat awam. Kesilapan kecil seorang manusia sahaja mampu membunuh beratus atau beribu-ribu orang lain.

Seperti yang dapat kita tengok dalam poster Deepwater Horizon (2016), tragedi ini dirakam melalui perspektif Mikes Williams, iaitu salah seorang electrician yang membantu mangsa-mangsa lain untuk escape dari platform dan menjadi orang terakhir terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Aku agak, babak-babak kritikal semasa merangkak dalam gelap untuk ke lifeboat area, atau aksi terjunan ‘do or die’ setinggi 60 kaki dari platform ke dalam laut, pastilah akan menjadi babak thriller filem ni. Mungkin boleh tengok sendiri bagaimana praktikaliti SOP yang dah dipelajari masa dalam kursus BOSET; safety protocols, escaping dark and smoke room, jump into the sea, sea survival, help-position (donut), etc.

Tapi buat masa ini aku tak nak letak expectation tinggi sangat untuk filem ni, takut ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari.

Yang menariknya, set penggambaran filem ini memakan kos berpuluh juta US dolar kerana mereka menggunakan dummy set of Deepwater Horizon dengan saiz hampir 85 peratus sama dengan saiz platform sebenar. Movie set ini dibina di Six Flags New Orleans, taman tema terbiar yang pernah dilanda taufan Katrina (dah banyak filem buat penggambaran di sana). Helideck yang dibina pun boleh menampung helikopter sebenar semasa penggambaran filem. Jadi aku jangka babak-babak CGI/kartun mungkin tidak terlalu ketara, dan menjadikan babak-babak thriller atas platform kelihatan lebih real.

Apapun, sudah pasti filem ini sangat dinanti-nantikan oleh 'orang minyak'. Kebetulan pula filem ini keluar ketika dunia oil and gas tengah tenat, dan ramai 'orang minyak' terpaksa diberhentikan kerana banyak rig sudah ditutup dan pelaburan untuk projek-projek baru pun terpaksa ditangguhkan..

Kalau diberi kesempatan, insyaAllah aku akan ulas filem ini minggu depan. Kena tengok dulu la baru boleh komen sama ada best atau kelaut.

0 comment... add one now