Jumaat, 7 Oktober 2016

Kantoi Lagi, Hertfordshire University Nafi Bakal Anugerah PhD Kepada Azizan Osman

PUTRAJAYA - Semalam Richworks memuat naik kenyataan rasmi di laman Facebooknya mendakwa Azizan Osman mendapat PhD dari Amerika Syarikat dan bakal menghadiri konvokesyen di Hertfordshire University, United Kingdom.


Richworks Tegaskan, Azizan Osman Peroleh PhD Dari U.S
Menurut Richworks, Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Hertfordshire Univeristy dan bakal menghadiri konvokesyen di universiti berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan dari OhBulan, netizen mengambil inisiatif mereka sendiri dengan menghubungi pihak Hertfordshire University untuk memeriksa kesahihan dakwaan Richworks itu. Ternyata hasil 'siasatan' dari netizen ini mengejutkan.

Berdasarkan maklumbalas pihak Hertfordshire University melalui Facebook, pihaknya memaklumkan bahawa tiada sebarang nama Azizan Osman dalam data mereka. Malah Azizan Osman juga bukan pelajar mereka. Malah, pihak universiti itu menegaskan, mana-mana individu yang mahu membuat PhD Psikoloi adalah wajib mempunyai Ijazah Psikologi dan atau dibiayai oleh Kementerian Kesihatan di United Kingdom

.






Lebih menyakinkan lagi, surat penafian yang dikeluarkan oleh Hertfordshire yang menafikan penganugerahan yang bakal diterima oleh Azizan Osman itu juga adalah sah. 


Sebelum ini, pihak UM, IUKL dan UKM nafi pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada Azizan Osman. Kali ini, Hertfordshire University pula membuat penafian yang sama.

Tiada ulasan:
Write ulasan