Selasa, 4 Oktober 2016

"Kamal Adli Tahu Kami Rapat, Gosip Ini Merepek"

Pernah mengakui tidak bercinta dengan Kamal Adli kini Emma Maembong dikaitkan pula dengan seorang ahli perniagaan yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob, Raden Ahmad Faizal. Bagi mempertahankan dirinya terus dihimpit gosip tersebut, Emma menjelaskan, dirinya dan Raf telah berkawan sejak kecil tanpa mempunyai sebarang hubungan istimewa.



“Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya pelukis di PWTC manakala arwah ayah Raf pengurus di situ. Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC. Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga”

“Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan. Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal. Ketika majlis itu, Kamal pun ada, dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai dakwaan mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Terdahulu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan, Emma dikatakan sedang hangat bercinta dengan Raf yang juga merupakan Presiden bagi My Man United Official Fan Club. Menurut laporan itu juga, Emma dilihat begitu serius dengan hubungan tersebut sehinggakan beliau sendiri telah pun bertemu dengan ahli keluarga lelaki terbabit yang juga merupakan duda dua anak.

Walau apapun, tidak salah rasanya jika Emma mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka ahli perniagaan ini kerana beliau juga masih bujang, Kamal Adli pula hanyalah rakan baiknya sahaja. Bila tengok mereka bergambar berdua juga, nampak keserasian diantara mereka

Tiada ulasan:
Write ulasan