Isnin, 10 Oktober 2016

Final Akademi Fantasia 2016 Paling Teruk Dalam Sejarah


Shah Alam: Peserta dari Selangor, Amir muncul juara program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pada konsert akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Ammal pula muncul naib juara, Reshma di tempat ketiga, Ara akur di tangga keempat manakala Afi pula sekadar berpuas hati di tempat kelima.

Menerusi kemenangan itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi menerima wang tunai RM50,000, tajaan biasiswa pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM5,000 tajaan 11Street.

Amal pula membawa pulang RM20,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM4,000 tajaan 11Street manakala Reshma di tempat ketiga menerima RM15,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM3,000 tajaan 11Street.

Ara di tempat keempat menerima RM10,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM2,000 tajaan 11Street. Afi yang berada di tempat kelima pula menerima RM5,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM2,000 tajaan 11Street.

Pada konsert akhir, kesemua peserta diberikan dua tugasan dengan menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.

Selaku juara, Amir tampil dengan lagu Romantis nyanyian asal Spring dan lagu baru, Pemilik Cinta ciptaan Sri Kandi dan Hang Nadim.

Selain itu, di konsert akhir itu juga, Amir turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Fantasi D'Herbs dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000.

Konsert akhir AF2016 diacarakan Alif Satar dan Zizan Razak.

Pengkritik pula dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk AC Mizal, dan Datuk M Nasir selaku juri jemputan.

Sebelum itu, pentas konsert akhir ini dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Akim & The Majistret menerusi lagu Lygophobia dan Peronda Jaket Biru.

Penonton juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Indigo dan KRU.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Hadir memberi sokongan, barisan artis antaranya Aril, Dina Nadzir, Hael Husaini, Syamel, Sufi, Maulana, Haziq, Radin dan pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot yang terdiri daripada Fattah Amin, Neelofa, Nina Jurin dan ramai lagi.

AF2016 disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) sejak 21 Ogos lalu.


Tapi apa yang menyedihkan tentang AF2016 akhir adalah penjalanan konsert yang agak tidak teratur dan kelam kabut. Boleh dikatakan Final event AF2016 paling teruk..

1. Trofil untuk Amir yang menang Fantasi Dherb lambat datang

2. Terlampau banyak sarkas yang berada di atas pentas yang sibuk promosi "barang baru Astro"

3. Trofil Juara bertukar dengan Naib juara

4. Pengetua AF2016 Datuk Shake yang membuat persembahan yang agak menggelikan..

5. Pengetua tak nak baca ucapan penutup pengajian seperti pengetua-pengtua AF yang lepas.


Berikut adalah komen Nitezen




" nie malaysia lah pakcik.....ko dah lupe ker??xperlu lah nak tunjuk ko pandai sgt nyanyi bahasa lain dlm rancangan bahasa melayu nie yer.....kalau english tu boleh lah terima gak......dah lah anak2 didik semua nyanyi hampeh....entah lah wehhhhhh......hampeh sgt AF tahun nie.....kalau Amal juara lagi lah sejarah terburuk AF  " Prince Lucca


Tiada ulasan:
Write ulasan