Isnin, 3 Oktober 2016

Emma Maembong Intim Dengan Ahli Perniagaan, Duda Anak Dua ?

Melalui perkongsian ruangan Diva yang dipetik daripada akhbar Kosmo!, khabarnya kini ada sumber yang mengatakan pelakon Emma Maembong kini sedang rapat dengan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal.


Selain itu, Raf yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan juga duda anak dua telah pun membawa Emma bertemu dengan keluarganya malah wujud juga dakwaan bahawa hubungan mereka sememangnya serius.

Bagaimanapun perkara yang sebenar hanya diketahui oleh Emma sendiri dan sehingga kini, pihak Emma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Jika benar apa yang sampai di telinga ruangan Diva, maka terjawablah mengapa Emma sebelum ini bagaikan berdolak dalih mengenai hubungannya bersama Kamal Adli sebelum ini. Mungkin apabila sudah bersedia nanti, Emma akan menjelaskan perkara yang sebenar

Tiada ulasan:
Write ulasan