Header Ads

Bunuh & Buang Mayat Bayi Pekerja Dalam Gaung, Ejen Dipenjara 6 Tahun

  • Pembantu rumah (Indonesia) buat laporan polis bayinya hilang pada 31 Mei 2014.
  • Pembantu rumah mengandung akibat dirogol oleh rakan majikan.
  • Majikan memaklumkan kepada wanita terbabit, bayinya telah diberikan kepada rakannya.
  • Polis tahan 13 pembantu rumah bersama-sama ejen terbabit
  • Temui mayat bayi berusia 6 bulan dalam sebuah beg pakaian dalam keadaan kembung dan berulat.
  • Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 dan 3 tahun bagi dua pertuduhan tersebut.


SHAH ALAM - Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pembersihan yang menyebabkan kematian seorang bayi dan membuang mayat mangsa dalam gaung dua tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, lapor Harian Metro

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Wong Wen Yew, 43, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu. 

Mengikut pertuduhan pilihan, Wong didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki pekerjanya (pembantu rumah warga Indonesia), 33, tanpa niat di sebuah rumah di Kota Kemuning dalam kejadian antara jam 8 hingga 11 malam, pada 28 Mei 2014.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.