'Biadabnya Diorang...'



SEPANG - Susulan viralnya gambar sekumpulan lelaki warga asing memakai seluar dalam berasaskan bendera Malaysia semalam, pihak polis telah menahan sekumpulan lelaki terbabit.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM) yang menunjukkan sekumpulan penonton Grand Prix Formula One di Sepang semalam itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.

Tindakan sekumpulan lelaki itu dianggap sengaja menghina dan mengaibkan bendera Malaysia oleh netizen yang kemudian mendesak pihak berkuasa khususnya polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka.

Selain itu, netizen juga berharap polis mengambil tindakan terhadap pihak penganjur Formula One kerana gagal menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir semalam.

Meskipun sekumpulan lelaki warga asing itu telah ditahan, YKKM juga mahu pihak polis menyiasat dan membuat pendakwaan terhadap pihak yang membuat dan menjual seluar dalam tersebut.

0 comment... add one now