Selasa, 25 Oktober 2016

‘Berlakon’ Untuk Tipu Duit Orang Berpuluh Ribu Ringgit, Hati-Hati Dengan Modus Operandi Scammer Ini

  Berita Premium       Selasa, 25 Oktober 2016
“Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Tidak semua orang berniat baik dan jujur, sebab itu kita tidak boleh sewenangnya mempercayai orang tidak dikenali, terutamanya ketika menjalankan urusan yang melibatkan wang. Penipu profesional wujud dimana-mana, kadang-kadang modus operandi mereka tidak boleh dibaca. Justeru, kita yang harus lebih peka dan berhati-hati.
Contohnya insiden yang baru menimpa wanita yang mengusahakan perniagaan makanan ini. Hampir ditipu berpuluh ribu ringgit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ayuh baca modus operandi yang digunakan oleh scammer tersebut. Beringat sebelum kena! Moga kita semua dijauhkan dengan penipuan seperti ini. 

Lakonan Depan Mata… 


3, 4 hari lepas akak dapat offer… Supply nasi 100 bungkus sehari selama 6 bulan. Satu kepala dia kira RM 12 termasuk air. Sounds good kan… Kalau betul, Alhamdulillah, rezeki…
Hari ni, konon-konon bos nombor 1 nak jumpa akak bincang pasal agreement semua. Lepas semua berbincang… Okey dia setuju bayar deposit RM 72K dalam masa seminggu ni. Duit makan sebulan, deposit sebulan. Dalam masa yg sama, deme ada deal satu jualan tanah… Tuan tanah nak pakai duit. Bapa mertua sakit, urgent. Nak RM 400K. Harga tanah tu… RM 800K.
Depan akak, bos nombor 1 bagi cash RM 30K. Suruh bagi deposit kat tuan tanah. And cepat-cepat pergi, konon ada urusan nak cepat pergi Singapore, so tak boleh diganggu. Lepas berbincang-bincang dengan bos nombor 2 tuan tanah tu tetap nakkan RM 400K hari ni jugak… Bos nombor 2 cakap dia hanya ada cash RM 200K saja, and RM 200K lagi dia tengah usahakan… Tetiba minta kat akak pulak… Eh, apa kena-mengena akak dengan urusan jual beli tanah deme?
Dia kata nanti dia akan bagi komisyen kat akak… Sebab tanah tu nanti akan jual balik RM 1.2 juta.. Dia minta akak bantu dulu RM 10K atau 20K… Akak cakap, akak duit takde. Air liur adalah…

Modus Operandi Scammer

Gagal memujuk akak… Walaupun dah bagi akak minum air ntah apa. Sebab jumpa kat McD tapi air bawa dari luar… Hahahaha. Lepas jumpa, lelaki cina tu call tanya pasal RM 10K. Akak cakap takde. Perempuan yang nak order nasi tu dah off HP… Memang sahlah kaki scammer.
6 orang terlibat
1) Tukang order nasi
2) Manager – cina
3) Assistant manager
4) Bos nombor 1 -cina
5) Tuan tanah
6) Driver – melayu berkopiah
Nasib baik akak tak pakai apa-apa barang kemas, tak bawa duit tak bawa kad bank… Syukurlah takde apa-apa jadi kat akak. Sebelum keluar baca ayat qursi banyak-banyak. Sebab akak risau dipukau. Rupanya ramai yang dah terkena. Ramai yang PM akak. Modus operandi yang sama…. Terima kasih lah Saidila Abdul Rahman dengan Suhaidi Jairisemalam ingatkan akak. Meh peluk sikit.

Penipuan Sudah Dirancang…


Akak sempat snap pic makcik ni jer… Makcik ni lah yg hari-hari call deal pasal nasi tu. Menurut kata pakcik yang akak suruh follow akak senyap-senyap masa akak pegi deal tu, dia nampak semua yang datang tu turun dari Hotel Aston, Nilai. Deme berkampung kat situ rupanya…
logoblog

Thanks for reading ‘Berlakon’ Untuk Tipu Duit Orang Berpuluh Ribu Ringgit, Hati-Hati Dengan Modus Operandi Scammer Ini

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan