Sabtu, 1 Oktober 2016

Ayda Jebat Menang Anugerah Artis Paling Popular APM 2016

Mengakui terharu dengan kemenangan yang dikecapinya pada malam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016), Ayda Jebat juga berterima kasih kepada peminat kerana sokongan tidak henti-henti daripada mereka.


Pada majlis anugerah tersebut, Ayda Jebat telah berjaya merangkul gelaran Artis Paling Popular sekali gus mengetepikan selebriti lain daripada Singapura dan juga

“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Ayda juga turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial. Manakala Yuna pula telah memenangi Anugerah Rentas Planet di atas kecemerlangannya membawa kerjaya hingga ke peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:
Write ulasan