Khamis, 27 Oktober 2016

Awie Gembira Anak Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

  Berita Premium       Khamis, 27 Oktober 2016
Tiada perkara lain yang mampu membuat Awie gembira ketika ini melainkan melihat anak-anaknya bahagia dan rapat di bawah jagaan ibu tiri mereka, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin malah turut memanggilnya dengan gelaran mummy.



“Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya mummy. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya”

“Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Awie, sejak berkahwin, dia dan isterinya itu sama-sama menguruskan persekolahan anak anak. Malah di atas sebab ingin memastikan anak tidak terabai dan merasa serba kekurangan jugalah dia melangsungkan perkahwinan lebih awal.

Perkahwinan bersama Sharifah Ladyana merupaka perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014. Semoga perkahwinan Awie kali ini disirami bahagia hingga ke Jannah.
logoblog

Thanks for reading Awie Gembira Anak Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan