Ahad, 2 Oktober 2016

Anak Tidak Lepas Ujian Darjah 1, Dan Kenapa Beliau Tidak Gagal Di Mata Saya


Tidak berjaya – bukan gagal.
Kelmarin, Umar Firas (UF) ada ujian kemasukan darjah 1.
Sekolah tu, baba dan ibunya yang ‘pilih’.
Dia nampak suka, kawan-kawan dia dari ABS pun ada juga yang pergi ujian.
Tapi UF tidak berjaya, baba dan ibu dah bagitau, tak tau dia faham atau sedih ke tak. Sebab dua kawannya tu berjaya.
Cuma nak bagitau, baba dia tak sedih atau kecewa.. Sangat.. kot..
Sebab baba dia tau UF masih belum gagal. Harap ibu dia pun fikir macam tu, InsyaAllah.

Masih jauh lagi UF nak lalui.
Babanya banyak kali ‘gagal’. Dan hingga kini masih belum ‘berjaya’.
Laluan hidup baba macam-macam juga dari kecil. Dibanding, disamakan, disuruh-suruh, di’gosip’kan.
InsyaAllah, Umar Firas akan cuba tidak ‘tempuhi’ semua itu.
Petang semalam, UF sempat lagi ‘ingatkan’ baba:
“Baba, lama kita tak ziarah kubur tok wan lah,” Allah… Kalau la ada ‘catatan kehadiran’, pasti UF boleh tengok.
Hari ini, ibu dan baba ajak UF dan adik dan maktok ke ‘sini’. Dekat dengan kubur tok wanlah.
UF dan adik ‘excited’ nak mai. Ibubapa manalah tak suka bila tengok anak-anak suka mai tempat macam ni.
Tetapi sebelum mai, biasalah kena marah dengan macam perangai, err babanya ‘temperature’ lain skit. Hihi.
Umar Firas.. Umar Razin.. usah risau. kadang-kadang hidup ni tak semestinya seperti yang kita ‘mahu’. Kadangkala pedih yang kita kena hadap dulu.

Tiada ulasan:
Write ulasan