Selasa, 4 Oktober 2016

Anak Saya Memang Tak Pernah Guna Buaian Untuk Buat Dia Tidur - Emak Muda

Image result for penjaga baby


Assalamualaikum. Aku adalah emak kepada sorang bayi berusia 7 bulan. Sekarang banyak kes yang aku baca dan dengar pasal babysitter/taska yang agak ngeri. Biarkan baby minum susu botol sendiri. I mean selitkan dengan kain atau bantal supaya botol tu tak jatuh dan baby boleh hisap dengan baik. Tapi tolong pastikan putting tu putting yang jenis x-cut punya supaya boleh elakkan baby tersedak. Sedih tahu tak dengar berita pasal baby tersedak susu. Belum buka topic pasal dera lagi tu. Allahu…
Bila dah jadi mak mak ni, aku akui hati aku lebih sensitive tentang isu anak. Ada satu hari tu aku terbaca Facebook pasal kematian baby Nur Hafiesya. Aku menangis. Sebab aku pernah baca pasal kes baby tu ada masalah jantung dan beberapa masalah lain. Sebelum ni memang aku tengok Facebook mak arwah baby tu. Dia cerita pasal perkembangan anak dia. Aku tengok video-video arwah baby tu dengan linangan air mata dan berdoa supaya baby tu cepat sembuh. Tapi siapa boleh lawan kuasa Allah? Baby comel tu pergi bertemu penciptaNya.

Anyway, cakap pasal taska/babysitter, ramai ibu-ibu baru yang cuak nak hantar anak pergi ke rumah babysitter/taska. Aku pun sama. Tapi aku rasa aku bernasib baik sikit sebab jiran aku yang aku kenal dari kecil willingly nak jaga anak aku lepas aku habis pantang sebab aku kerja. Pada mulanya aku rasa jiran aku ok je jaga anak aku since dia pun jga cucu dia umur 2 dan 3 tahun. Lama-lama K.O. Eh tak tak aku gurau je. Hehe

Oh ya, anak aku ni aku tak ajarkan tidur berbuai. Bila nak tidur aku just dodoi je dia sambil zikir-zikir. Aku memang tak beli segala jenis ‘pelali tidur’ kecuali puting sebab anak aku kuat ngempeng sampai muntah-muntah. So aku just bagi dia puting lepas dia menyusu untuk bagi dia lena je. Bila dah lena dia akan automatic buang sendiri puting tu. Ha jangan nak kecam pulak kata nanti anak gigi jongang ke apa. Sekarang dah ada putting jenis orthodontic ye.

Ok satu hari lepas balik kerja aku nak ambil anak aku. Bila sampai rumah, aku terus pergi rumah jiran aku nak ambil anak. Bagi salam. Masuk rumah mata aku terus mencari anak. Tak jumpa. Aku nampak buai. Rupanya anak aku dalam buai. Lena sangat. Aku tanya babysitter tu kenapa masukkan dalam buai, dia kata anak aku hari tu meragam je so dia masukkan dalam buai. Aku terdiam lah. Nak marah, orang tua pulak. Nanti dia refuse nak jaga anak aku kang matilah mak nak mana nak cari orang yang boleh dipercayai jaga anak aku. So at the end sejak daripada tu anak aku memang payah nak tidur. Memang struggle lah aku nak tidurkan anak aku tiap-tiap malam sampai aku jadi zombie.
Aku cakap kat mak aku. Dia bebel juga sikit. Dia kata pengasuh nak mudahkan kerja dia lah tu campak anak kau dalam buai. Aku diam jelah dengar mak aku bebel. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. So sampai anak aku 7 bulan ni kadang-kadang aku memang berperang nak tidurkan dia. Kadang-kadang dia ok, lepas ngempeng terus tido. Kalau datang mood dia tak baik, memang aku pergi kerja dengan muka zombie.

Tu belum masuk hal main taram bagi anak orang makan yang mengarut-ngarut. Kalau budak tu dah boleh makan sekalipun tak payah nak calit-calit makanan lain kat mulut dia. Serious aku takut baca pasal baby yang tersumbat usus sebab bagi makan yang bukan-bukan atau bagi makan awal daripada umur. Kita sedap je lah calit macam-macam kat anak orang. Esok lusa kalau anak orang tu ada apa-apa, yang susah mak bapak dia. Kita yang tukang sumbat ni mana fikir apa, ye dak?
Satu je aku nak pesan kat babysitter/bakal babysitter. Jujur lah jaga anak orang. Nak buat apa-apa tanya atau bagitahu dulu parents budak tu. Yang merana nanti parents tu. Buat adik-adik yang rasa-rasa nak jadi babysitter tu, gali ilmu cukup-cukup macam mana nak jaga baby/toddler. Nampak mudah tapi perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Please aware dengan semua barang-barang anak asuhan anda. Jangan main taram je nak bagi anak orang lain punya barang kat anak asuhan yang lain. Kot lah mak bapak budak tu OCD ke kan.

Lagi satu, kita tak payah sibuk nak meng’gadjet’kan anak orang ikut cara kita. Aku rasa semua orang tahu apa kesannya pada budak kan? Aku dah tengok depan mata aku sendiri macam mana budak yang dimanjakan dengan iPad, tablet semua ni. Ignorance. Ya. Sungguh. Belum lagi yang mengamuk guling-guling sebab tak bagi main benda tu. Kadang-kadang kita tak nampak apa orang lain buat kat anak kita tapi kita yang merasa akibatnya. Naluri seorang emak itu adalah selalunya betul.
Sorry kalau confession ni agak panjang. Cuma sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati.
– Emak Muda

Tiada ulasan:
Write ulasan