Isnin, 26 September 2016

Zarina Anjoulie Sudah Berpisah Dengan Suaminya?

Sejak kebelakangan ini, kisah kehidupan pelakon Zarina Anjoulie mula menjadi sebutan ramai. Mereka sebenarnya gembira melihat perubahan Zarina ke arah yang lebih baik dan bahagia disamping suami tercinta.

Malah, Zarina juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Gabriel Martin Ezra baru-baru ini, hasil perkahwinan bersama suaminya yang merupakan seorang warganegara Brunei.
Malah, Zarina juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Gabriel Martin Ezra baru-baru ini, hasil perkahwinan bersama suaminya yang merupakan seorang warganegara Brunei.
Namun, sejak semalam Zarina telah mencetuskan kekeliruan serta persoalan dikalangan pengikutnya di Instagram apabila beliau memuat naik sebuah foto yang menggambarkan beliau kini sudah bergelar ibu tunggal.
Malah, menerusi bio di profil Instagram suaminya, lelaki tersebut ada membuatkan satu kenyataan bahawa beliau seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak.
Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini, peminat Zarina berharap agar rumah tangga beliau baik-baik sahaja dan mendoakan agar pasangan ini tidak berpisah.
Kami juga senang melihat kehidupan Zarina yang dahulunya dihimpit kontroversi tetapi sekarang sudah banyak berubah dan manjalani hari-hari yang lebih baik. Kami berharap agar rumah tangga beliau tidak menghadapi masalah besar. Kesian juga pada anak mereka yang baru sahaja lahir.

Tiada ulasan:
Write ulasan