Wanita Hamil 5 Bulan Bersama Suami Di Tuduh Bunuh Adik Kandung Berumur 2 Tahun

DUNGUN - Seorang wanita yang mengandung lima bulan, semalam didakwa di Mahkamah Majistret Dungun, di sini, membunuh adik kandungnya berusia dua tahun tujuh bulan, bersama suaminya, hujung bulan lepas.

Suami isteri dituduh bunuh adik dua tahun

Fathin Nur Athirah Sabarudin  dan Muhammad Hafiz ID Osmera,  kedua-dua berumur 21 tahun, didakwa membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin di rumah mereka di Jalan Tenggiri, Kampung Tebing Tembah, Paka, dekat sini, antara  29 dan 30 Ogos lalu.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan pakaian lokap berwarna oren dan ungu kira-kira jam 9.00 pagi.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari. Tiada pengakuan direkodkan.

Tiada jaminan ditawarkan untuk pasangan itu dan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Oktober depan.

Tuduhan itu dibaca di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hafizul Faris Che Razlan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman.

Sebelum ini, kanak-kanak itu dilaporkan dibawa ke Klinik Kesihatan Paka dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Hasil pemeriksaan, seluruh badan mangsa terdapat kesan lebam dan luka lama serta baharu dan kepalanya berbalut akibat cedera.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai perubatan.

0 comment... add one now