Wahai Ibu Bapa, Fahami Bahawa Kerja Di Taska Tak Semudah Yang Disangkakan


Dari IIUM Confessions

Aku bekerja sebagai seorang guru taska di Selangor. Kerja taska ini lain dari yang ibu bapa sangkakan. Susah dia nak menjaga dan mendidik anak-anak kecil lain dari yang lain. Aku pendekkan cerita aku secara pointlah ye. 

1. Awal-awal pagi, kami tunggu depan pintu taska untuk menyambut anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa ini dengan muka cerita, tak complaint apa-apa. Bila hantar anak, sudahlah anak tak dimandikan, pampers penuh bau hancing sampai bocor, baju semalam hantar balik, pagi itu baju yang sama juga dihantar ibu bapa. Kami senyum saja menerima anak-anak ibu bapa ini. 

2. Bila tiba masa untuk pulang, kadang-kadang kami pekerja taska ini ada yang terlepas pandang tentang comot atau tak anak-anak. Tetapi kalau setakat taik hidung keras yang melekat di hidung anak-anak pun ibu bapa jadikan isu, sedihlah kami. Sedangkan keadaan anak-anak ibu bapa yang kami terima awal pagi jauh lebih teruk berbanding masalah isu taik hidung kering itu. 

3. Bila ibu bapa cakap "Kerja taska ini senang saja,". Wahai ibu bapa sekalian, percayalah bahawa anak-anak anda yang kami jaga ini bukan senang kerjanya. Ibarat masuk taman anak-anak dinosaur. Lebih-lebih lagi bila anak-anak ini jumpa kawan-kawan mereka. 

Habis saja waktu kerja, selepas Isyak, memang terlentang. Tak boleh bergerak, mengantuk, sakit tulang, sakit pinggang. 

4. Bila ibu bapa yang ada baby newborn, tolonglah jangan meriba anak sangat. Sampai hantar ke taska pun si anak itu tak boleh diletakkan atas tilam, sentiasa nak di riba. Sudahlah minum susu botol pun tak mahu, nak direct saja. 

Jangan menyusahkan guru taska dan diri sendiri. Bila ada kes bayi mati di taksa sebab kakitangan taska stress bilamana baby newborn tak berhenti menangis sehingga menganggu masa tidur bayi yang lain, tahu melompat, sedangkan punca dari rumah. Bila ditanya pada ibu bapa apakah di rumah mereka selalu meriba bayi ke? Ibu bapa pandai menipu kata, 

"Eh? Taklah".

Akhirnya, kerana bayi anda seorang, guru taska bertungkus lumus menghabiskan masa tiga hari untuk membiasakan bayi anda tidur di atas tilam. 

5. Ada ibu bapa yang menghantar bayi di waktu tengah hari dengan alasan, "Anak saya ini tak nak bangun lagi. Saya kena tunggu dia bangun."

Dah tu, hantar anak di waktu tengah hari tak dimandikan. Masa rehat guru taska pula yang terganggu. 

6. Jangan pertikaikan kenapa anak-anak tak nak makan di rumah. Selepas itu ibu bapa tuduh pihak taska tak bagi makan di taska. Sedangkan kami pastikan hantar anak anda ke tangan anda dalam keadaan perut buncit, hati senang kerana kenyang. Kau tak tahu ke guru taska terer memasak?

7. Bila anak demam panas, ada ibu bapa yang sanggup hantar ke taska lagi. Apa kau fikir taska itu hospital? Kasihanlah pada budak-budak lain yang sihat semua berjangkit demam, batuk disebabkan anak kau seorang. Selepas itu, mulalah ibu bapa nak buat aduan pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sedangkan ibu bapa yang tak ambil kisah semasa anak mereka sudah mempunyai simptom demam panas. 

8. Bila anak sakit sampai kejang di hospital, yang disalahkan adalah pihak taska. Sedangkan masa kejang itu di hospital, kenapa taska pula yang kena? 

9. Wahai ibu bapa, percayalah bahawa kami guru taska sudah cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kalau ada berlaku kesilapan kecil seperti taik hidung keras, kena gigit nyamuk, maafkan kami. Kami ada sepasang tangan, sepasang kaki dan sepasang mata sahaja. Jangan semua perkara nak salahkan taksa. 

Itu pun selepas kena marah dengan ibu bapa, kami masih beri senyuman lagi, hantar dan ambil anak puan. Maafkan kami wahai ibu bapa sekalian. - Yang terkilan, D, IIUM Confessions 

0 comment... add one now