Selasa, 6 September 2016

Virus Zika :: Harus Gugur Janin Kurang 4 Bulan - Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hukum menggunggurkan janin bagi wanita yang dijangkiti  Virus Zika adalah dibolehkan sekiranya janin belum mencapai usia 120 Hari atau empat bulan selepas disahkan implikasi kepada wanita berkenanaan atau kecacatan kepada janin tersebut.

Manakala bagi Janin yang sudah mencapai usia berkenaan, ia tidak dibolehkan kecuali jika kehamilan tersebut  berterusan mengundang masalah kesihatan dan berbahaya kepada kehidupan wanita berkenanaan bertepatan dengan kaedah fiqh.

Image result for Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Penjelasan itu diberikan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan "Bayan Linnas" ( Penjelasan isu semasa) berhubung virus Zika.

"ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka Jika tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah diharamkan." jelasnya

"Fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus zika sudah dikeluarkan Dar Al-Ifta Al- Misriyyah pada 14 Mac lalu sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melonggarkan syarat membolehkan pengguguran "



Tiada ulasan:
Write ulasan