Jumaat, 23 September 2016

Video: Sial Punya Melayu, Pakcik Tua Kerepot Nak Mampos Kata Azwan Ali

azwan-ali

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila memaki hamun seorang lelaki tua di depan khalayak ramai.

Azwan melalui akaun media sosialnya mendakwa kejadian berpunca apabila lelaki itu cuba menegurnya sebelum beliau bertindak mengeluarkan kata-kata kesat tersebut.


“Tadi pagi tadi dekat kaunter macam ni ada seorang oakcik tua kerepot punyalah biadap nak melaserkan Azwan Ali.

“Silap orang, aku maki dia balik kaw-kaw depan-depan sampai kena parkinson mengigil-gigil amuk nak serang aku,” katanya melalui klip video pendek yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Menurutnya lagi lelaki tersebut kemudiannya cuba untuk memukulnya namun membatalkan hasrat tersebut apabila dia mengatakan akan membuat laporan polis.

“Aku (Azwan) sound sentuh je body aku, memang akan jadi kes polis tau pulak dia takut… sial punya Melayu Pakcik Tua Nak Mampus

“Nak biadap dengan aku, mulut macam mulut pant**, tiba-tiba bila aku sound balik nak amuk… sorry silap orang puiiii,” bentaknya lagi..

Azwan bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat dimana dan bila kejadian tersebut berlaku. – SuaraTV


Tiada ulasan:
Write ulasan