(Video) Mangsa Buli Dibogel, Dipaksa Kunyah Stokin & Rambut Digunting

Gambar kecil, antara pelajar yang terlibat dalam kes buli rakan sekolah.

PUTRAJAYA - Video seorang pelajar perempuan dibuli beberapa rakan sekolahnya tersebar di media sosial. 

Video berdurasi 11 minit itu menunjukkan, mangsa yang berusia lingkungan 13-15 itu disumbat stokin ke dalam mulutnya, rambutnya ditarik dan digunting, selain dari cuba membogelkannya bagi tujuan memalukan mangsa. 


Dalam kejadian yang tidak diketahui lokasinya itu, mangsa hanya terpaksa berdiam dan membiarkan dirinya dibuli beberapa rakan sekolahnya dipercayai seramai 5 orang. 

Punca kejadian tidak diketahui namun tindakan mereka itu dikecam oleh netizen. 

Justeru, netizen mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat dalam kejadian itu. 

0 comment... add one now