(Video) Anjing Gonggong Mayat Bayi


KUALA LUMPUR - Video seekor anjing betina mengonggong mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan, cetus kegemparan di media sosial. 

Video yang dimuat naik oleh Jahangir Sadozai, berdurasi 30 saat itu telah ditonton sebanyak 645,496 kali dan mendapat 13,526 perkongsian di Facebook, dipercayai berlaku di negara Pakistan. 


Berdasarkan video, individu yang merakam video tersebut cuba meminta anjing itu melepaskan mayat bayi malang itu, tetapi bertindak melarikan diri. Dalam ketika ia cuba melarikan diri, mayat bayi itu terlepas dari mulutnya. 

Sementara itu di media sosial, segelintir netizen menegaskan bahawa mayat bayi yang digonggong oleh anjing tersebut adalah bayi yang sengaja digugurkan oleh ibunya. Namun, ada yang berpendapat sebaliknya.

0 comment... add one now