Khamis, 1 September 2016

Uqasha Senrose Kata Tengku Bakar Hanya Kawan

Beberapa kali berkongsi gambar bersama di laman Instagram bersama lelaki yang dikenali sebagai Tengku Bakar, Uqasha Senrose menjelaskan bahawa mereka hanyalah sekadar kawan – ketika ini dan masih mengenali hati budi. 



Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan. Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu,” kongsinya kepada BH Online.

Malah setiap kali muatnaik gambar Uqasha dan lelaki berkenaan, pasti ia menarik perhatian peminat yang ramai juga menyifatkan Tengku Bakar seiras Fattah Amin dan meninggalkan komen agar mereka cepat dijodohkan – selain komen meminta Uqasha bertudung kembali ketika ini.


“Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali. “Saya enggan dikecewakan sekali lagi. Justeru saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan,” ulasnya lagi.

Tiada ulasan:
Write ulasan