Header Ads

Tinggal Bersama Ibu Bapa Selepas Berkahwin Bebankan Mereka? Baca Luahan Wanita Ini

Perkahwinan merupakan dunia baru bagi pasangan baru berkahwin. Bermulalah kehidupan yang sebenar apabila pasangan ini mula mengenali hati budi dan sikap yang sebenar. Yelah, masa bercinta cuma kenal pasangan kita secara luaran je. Tapi sebenarnya bila dah tinggal bersama, memberi peluang setiap pasangan untuk hidup berdikari dan boleh aturkan kehidupan lebih baik sebagai suami isteri. 

Namun, perkara yang menjadi isu selepas berkahwin mestilah hal tempat tinggal. Ekonomi yang kurang stabil dan beberapa faktor lain membuatkan kita akhirnya memilih untuk tinggal bersama ibu bapa. Itu je lah jalan penyelesaian terbaik buat kita tapi yakin ke kita itu merupakan penyelesaian terbaik? Atau menjadi bebanan buat mereka?

Ayah yang bayar bil

Harap sangat admin approve confession ni sbb aku nak semua yg rasa nak tinggal dengan mak ayah lepas kahwin, tolong fikir habis2. Kalau yakin takkan jadi anak yg membebankan mak ayah, silakan.
Intro sikit, aku seorang perempuan, ada 9 org adik beradik & masih single. Kakak & abang aku dah berkeluarga. Family kitorg ok alhamdulillah happy. Keluarga aku takdela kaya raya tahap macam lady N tapi oklah haha.
Benda yang aku nak ceritakan ni pasal tinggal kat rumah parents selepas kahwin. Sblm aku cerita panjang, aku cuma nak bgtau, aku cerita ni bukan aku nak burukkan kakak abg aku sendiri. Kalau aku nak burukkan diorg, baik aku cite je kat fb aku terus takyah anonymous camni. Harap korang boleh amik pengajaran atau fikir dalam2 lagi.
Cerita ni daripada pemerhatian aku sendiri je sbb keluarga abg n kakak aku tinggal serumah dengan kitorg. Memandangkan aku masih single, aku rasa seronok sbb banyak benda aku dapat bljr drpd diorg yg dah lagi dewasa.
Cuma sepanjang aku duduk serumah dgn diorg yg mana termasuklah pasangan dan anak diorang, aku makin lama makin rasa aku prefer utk tak duduk sekali kalau aku dah kahwin nnt. Kesnya, sebab anak yg duduk kat rumah parents bukannya parents duduk kat rumah anak.
Sebabnya, bila dah duduk serumah ni kan, biasalah, bil api air, barang dapur, sabun baju, semuanya sharelah kan. Nak bahagi2 setiap org bayar? Dah nama pon ayah sendiri, mmg malas nak berkira dgn anak sendirilah. Rumah abi aku sendiri pulak tu. N memandangkan abi aku ni kira berkemampuanlah jugak, dia mmg bayar je. Takde minta bayar balik pon. Sblm ni aku ingatkan bukannya guna duit ayah aku bayar bil, tapi bila aku tanya, ayah aku jawab “Mana pulak, abi lah bayar” lbh kurang camtu, dengan nada yg tak berapa nak senang.
Patutnya, anak dan parents kira dua2 kena share2 lah kan bayar. Kalau tak bahagi sama rata pon, sekurang2nya bertimbang rasalah. ada bulan anak bayar ada bulan parents bayar.

Anak yang bebankan ibu bapa


Tapi yg silap sikit pasal abg aku ni, dia banyak duit tapi takde pulak usaha nak bayarkan jugak dah dia & keluarga dia pon duduk kat rumah tu. Duit bulan2 pon takde bagi kat ummi abi. Tu aku terkilan sikit.
Habis pasal belanja rumah, pasal kerja rumah pulak. Mesin basuh baju kat rumah aku ada dua. Bila basuh baju, kitorg akan tolong menolong utk sidaikan baju yg dah siap basuh tu. Tapi lama2, dah macam lepas tangan pulak. Basuh je baju, pastu dah terbiasa ada org lain sidai so dah mcm tak teringat pon nak sidai. Dan basuh lagi lagi dan lagi. So kain yg nak lena sudai pon bertambah. Aku paham kalau diorg sibuk dgn kerja n anak2. tapi, ceritanya sempat pulak keluar rumah jalan2 sampai lewat malam tapi baju sendiri tak tersidai. Yg aku lagi takleh tahan, bila aku balik uni ummi aku yg sidaikan. Sedih.
Aku cuba bersangka baik, diorg penat. Tapi masalahnya, sebagai org yg dah berkahwin dan patutnya berdikari sendiri, diorg sbnrnya cuma perlu uruskan hal kain baju tu je. Sapu vakuum mop rumah, tak payah kesah dah. Mmg tak payah buat pon. Sbb abi aku hire maid dtg minggu2. Tu pon AGAIN abi yg bayar.
Moving on, pasal anak2 diorg pulak. Memang meriah bila ummi abi aku dapat main dengan cucu apa semua. Takdelah sunyi sangat diorang.
Tapi, mainan budak2 ni tak dikemas. Semak rumah. Pastu ummi aku jugaklah nak kemas. Makanan pon, kadang2 bersepah atas lantai. Cawan sepah sana sini.
Selain drpd semak tu, biasalah hati ibu kan, sayangkan sangat anak2. Walaupon anak2 dah ada keluarga & anak sendiri pon, mesti akan risau kalau anak2 susah ataupon penat. Bila anak2 kakak abg aku ni nangis, kdg2 mak ayah diorg ni dah terjadi lps tangan atau pon take for granted sikitlah aku rasa.
Sebab tahu ummi abi ada kan, so ummi abi yg akan pujuk budak2 tu. Belikan mknn ke, tidurkan ke. Walaupon ummi tahu ummi boleh panggil je kakak abg and ipar2 aku utk jaga sendiri, tapi tulah, hati ibu, dia takkan biar je. Kesian kat anak penat baru balik kerja nak jaga anak pulak. Org tua ni bukannya kuat macam kita. Tak larat diorg ni sbnrnya nak layan budak2.
Ummi abi aku ni bukannya jenis suka bising2. Tapi tulah yg bahayanya. Sebab diorg simpan dalam hati. Tapi apapon aku percaya diorg ni mmg akan ampunkan anak2 so insyaAllah okay utk kakak n abg aku.
Cumanya, disebabkan aku ni masih single dalam rumah tu & banyak tolong juga ummi buatkan kerja2 rumah, ummi abi ada jugak kadang2 terlepas cakap pasal perangai anak n menantu diorg.
Dan aku sbgi anak mmg sangat takut aku akan jadi salah seorang yg membebankan ummi abi. Sbb bnda ni kadang2 jadi tanpa sedar. Sikit2 kita sbgi anak jadi naik kepala & tak sedar yg kita menyusahkan mak ayah. Ummi abi aku takkan bgtau pon yg diorg terbeban. Dan itulah yg lagi merisaukan.
Banyak sangat lagi yg jadi sbnrnya tapi aku cerita yg senang paham je la. Jadi, dari pengalaman aku ni, aku nasihatkan korang dan diri aku jugak. Kalau nak tinggal dgn mak ayah lps kahwin, bawalah mak ayah tinggal dgn kita, bukannya kita yg tinggal kat rumah mak ayah. Supaya ada rasa tanggunggjawab utk uruskan rumah sendiri. Dan sentiasa beringat utk tak menyusahkan diorg dalam apa2 segi pon. Duit, tenaga mahulun emosi. Sbb macam aku cakap. Bnda ni kita tak sedar. Tengok2 rupa2nya kita dah pon terlepas batas & menyusahkan mak ayah kita sendiri tanpa sedar.
Sekali lagi aku ingatkan, kalau yakin takkan jadi anak yang bebankan mak ayah, silakan.
– Adik Single
Jadinya janganlah kita menjadi bebanan ibu bapa kita di hari tua mereka. Biarkan sisa hidup ibu bapa kita dihabiskan untuk beribadah kerana masa muda mereka dah banyak digunakan untuk melaksanakan tanggungjawab membesarkan kita.
Sumber : IIUMC
Dikuasakan oleh Blogger.