Jumaat, 30 September 2016

Tiga Bekas Anggota TLDM Di Penjara 30 Tahun, Punca Rakan Sekerja Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Tiga bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dikenakan penjara maksimum selama tempoh 30 tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menyebabkan kematian rakan sekerja mereka.



Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zahirudin Nordin, 27, Mohd Hood Mah Hasib, 26, dan Muhammad Fadli Zaini, 26, selepas mendapati mereka bersalah.

“Dalam kes ini, satu nyawa sudah hilang. Selepas mendengar keterangan saksi, meneliti bukti, hujah keduadua pihak dan keseluruhannya dalam kes ini, saya mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan diluar munasabah. Manakala pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan kes diluar munasabah,” katanya.

Ketiga- tiga tertuduh menyebabkan kematian Asrup Raidin, 26, pada 3 Disember 2013 di kawasan lagun stesen Uniform TLDM, Terumbu Ubi, Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

tentera-lemas

Dalam rayuan, peguam Ram Singh memohon hukuaman dapat dikurangkan, kerana ketigatiga tertuduh sebelum ini mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dengan TLDM.

Menurutnya, semua anak guamnya juga merupakan sumber ekonomi keluarga masing- masing, dan Zahirudin sudah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di Labuan.

Katanya, semua tertuduh juga memberikan kerjasama yang baik dengan pihak polis dan tidak pernah gagal hadir di mahkamah ketika prosiding.

Tambahnya, akibat daripada kejadian yang berlaku, ketiga-tiga tertuduh juga telah kehilangan pekerjaan dalam TLDM.

tldm

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Akmal Zatul Mohamed Nawi menegaskan, kesalahan menyebabkan kematian merupakan satu kesalahan serius melibatkan individu yang tidak bersalah.

“Lagi teruk lagi, ketigatiga tertuduh ialah anggota TLDM yang sepatutnya melindungi orang awam dan negara.

“Mangsa dalam kes ini meninggalkan seorang balu dan dua anak yang masih kecil, bergantung hidup dengannya,” katanya.

Menurutnya, mahakmah harus mempertimbangkan peningkatan kes seumpama itu dan kerap kali berlaku, yang mana menunjukkan nyawa manusia seperti tidak bernilai lagi.

“Pihak pendakwaan menuntut hukuman berat dikenakan ke atas semua tertuduh, agar mencerminkan graviti kesalahan dan demi melindungi kepentingan awam,” katanya.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan ketiga- tiga tertuduh menangguhkan menjalani hukuman itu dengan ikat jamin sebanyak RM70,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Ainul juga memerintahkan semua tertuduh melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan, dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman itu bermula kelmarin.

Tiada ulasan:
Write ulasan