Khamis, 29 September 2016

"Tidak Lawat Anak, Tanya Saja Pada Elly Mazlein" - Bekas Suami

PETALING JAYA: Bekas suami Elly Mazlein iaitu pengarah drama Azmi Hatta enggan mengulas tentang dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas bercerai dengan penyanyi tersebut pada 15 Oktober lalu.



Azmi, 40, turut meminta agar sebarang kenyataan tentang perkara itu dirujuk sendiri kepada pihak Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36.

"Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja.

"Doakan yang baik-baik sahaja okey," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu

Terdahulu pada Selasa, Elly Mazlein menerusi kenyataan pada sebuah akhbar memberitahu bekas suaminya tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Tambah Elly, pengarah tersebut tidak datang biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.

Selain itu, hal berkaitan nafkah akan dibicarakan di mahkamah pada 12 Oktober ini.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014, manakala mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.

Tiada ulasan:
Write ulasan