Isnin, 19 September 2016

TERSINGKIR DENGAN CARA BEGINI, SANGAT KEJAM - RIANA AF2016

Pelajar AF2016, Riana terkilan tidak dapat meneruskan persembahan kerana disingkirkan sebelum konsert kelima bermula.

“Tipulah kalau saya tidak terkilan kerana saya memang sudah bersedia mahu membuat persembahan minggu ini.

“Lagipun menurut tenaga pengajar, saya banyak menunjukkan perubahan positif dari minggu ke minggu dan apabila nama saya disebut pada awal program sebagai pelajar tersingkir, saya kecewa.

“Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya.

Tersingkir Dengan Cara Begini Sangat Kejam Riana AF2016

“Saya tak marah dengan mereka yang masih kekal, cuma saya tertanya-tanya kena kenapa tak buat penyingkiran selepas persembahan.

“Sebab cikgu-cikgu pun banyak habiskan tenaga untuk ajar kami. Tapi nak buat macam mana, tak apalah rezeki saya sampai sini saja,” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus konsert selesai.

Dalam pada itu, Riana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak serius sewaktu sesi pembelajaran di akademi.

“Sebenarnya saya suka bergurau dengan kawan-kawan tapi tak tahulah kalau gurauan itu dah disalah ertikan oleh penonton di luar sana.

“Mungkin mereka nampak saya macam main-main tapi sebenarnya segala ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar memang saya ambil serius.

“Saya pun tahu peluang sebegini tak hanya datang sekali jadi tak mungkinlah saya nak sia-siakan begitu saja,” jelasnya.

Sementara itu, pengurus saluran Astro Ria Raqim Ahmad berkata pihak mereka telah memberikan banyak peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka menerusi pentas AF di minggu sebelumnya.

“Kita membuat keputusan untuk membuang tiga peserta kerana kami merasakan telah memberi peserta pada kali ini banyak ruang dan masa untuk menyerlahkan bakat mereka dan mempelajari bidang ini menerusi AF.

“Masa yang diberikan kepada peserta dan peminat yang mengundi wajar untuk digunakan sebaik mungkin.

“Penyingkiran yang berlaku adalah berdasarkan keputusan undian peminat dan kami akur dengan keputusan tersebut,” ujarnya.

Riana dijadualkan untuk membuat persembahan dengan lagu Terasing nyanyian asal Allahyarham Sudirman namun tidak kesampaian kerana tersingkir di awal konsert.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Tiada ulasan:
Write ulasan