Isnin, 19 September 2016

Taylor Swift Intai Peluang Dekati Zac Efron

PENYANYI Taylor Swift yang berpisah dengan Tom Hiddleston minggu lalu dilaporkan menunjukkan minat terhadap pelakon Zac Efron.



Majalah Touch melaporkan sejak kembali solo, Taylor sering bercakap tentang Zac kepada rakan-rakannya selain percaya mempunyai ikatan kuat terhadap pelakon itu.

"Taylor tidak henti-henti bercakap tentang Zac sejak berpisah dengan Tom.

"Dia sentiasa merasakan mereka mempunyai ikatan kuat tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka sering berpasangan dengan orang lain," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, Taylor sudah pun menghubungi Zac dan memberitahu lelaki itu mereka patut berjumpa sambil menikmati makan malam.

Bagaimanapun Zac tidak terus bersetuju kerana jadualnya yang padat walaupun menunjukkan minat.

Pada 2012 mereka pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta selepas sama-sama bekerjasama dalam filem The Lorax.

Bagaimanapun kedua-dua mereka menafikan khabar angin tersebut.

"Kami bukan pasangan kekasih dan gosip mengatakan sebaliknya adalah perkara biasa kerana kami terlibat dalam sebuah filem yang sama," kata Taylor.

Tiada ulasan:
Write ulasan