Rabu, 21 September 2016

Tak Cukup Duit Bagi Mak Ayah

Saya menasihati diri yg byk kali 'tak mampu' nak bg sikit duit kepada mak ayah. Saya tau, ngko pun byk mcm tu jugak!.. 

Image result for duit nafkah
Masa kita bujang gaji RM1-3k, kita tak dpt bagi mak ayah sbb GAJI KECIK nak kumpul duit nak kawen, nak beli rumah. Kita kata, nantilah..
Kita pun kawen gaji up RM3-5k, kita tak dpt bagi mak ayah sbb GAJI CUKUP-CUKUP nak beli apartment, tanggung keluarga dan anak. Kita kata, nantilah..
Kita naik pangkat sket gaji RM5-10k, kita tak dapat juga bg mak ayah sbb GAJI TAK CUKUP anak nak ke sekolah & universiti, nak kene beli rumah teres sbb anak makin ramai, kereta pun kene besar sket. Kita kata, nantilah..
Akhirnya kita dpt jadi CEO company gaji RM50K, tapi mak ayah dah xde...
Wahai engkau,
Kita selalu fikir tunggu duit bertambah, maka barulah bersedekah kepada mak ayah. KITA LUPA PESAN ALLAH. Bila kita bersedekah kepada mak ayah lah, duit kita akan bertambah!
Ingat pesan Nabi SAW, "ANAK & KELUARGA kamu akan selalu menjadi penyebab kamu menjadi BAKHIL (untuk bersedekah) dan PENGECUT (utk berjihad).."
NOTA : Semoga mak ayah juga fahami, dunia skrg sgt mencabar. nak save duit sikit pun susah.. 


Wan Nasrul Muhaimin

Tiada ulasan:
Write ulasan