Khamis, 29 September 2016

Susahnya Talak Kalau Suami Faham Agama

Orang sibuk viralkan kesedihan anak dipisahkan dari ibu sebab hak penjagaan diberi kepada ayah. Maka, sebelum terjadi ini, eloklah para suami yg memegang kuasa talak memahami ini dulu.. 

Image result for putus tunang
PRASYARAT SEBELUM TALAK
1. Adakah telah berlaku perhubungan dalam masa terdekat? Sekiranya ada, perlu tunggu isteri haid supaya suci dari benih suami. Maka tunggulah sekitar 1-30hari
2. Adakah isteri dalam keadaan haid? HARAM talak ketika haid. Maka, tunggulah sekitar 7-14hari
3. Adakah isteri pregnant? HARAM TALAK KETIKA PREGNANT. Kalau ye, kene tunggu kandungan lahir.
4. Adakah suami telah memberi teguran kepada isteri dengan nada yang serius? Tidak dikira teguran kiasan atau main2.
5. Adakah suami telah memukul berniat untuk memberi pengajaran?
6. Adakah suami telah meninggalkan isteri dari tempat tidur sehingga?
7. Dan adakah telah berulang kali melakukan kesemua di atas untuk tempoh tertentu sehingga isteri sedar kesalahannya?
Maka, kalau dah selesai 7 prasyarat dibatas, barulah layak talak dilaksanakan. Punyalah Islam nak suami isteri kembali bersatu. Kira kalau kesemua atas telah dibuat dan tak baik juga kaunselor pun takleh tolong lagi.
NOTA : Dan kerana prasyarat di atas jugalah talak tak diberi hak pada isteri.

SUMBER : Wan Nasrul Muhaimin

Tiada ulasan:
Write ulasan