Jumaat, 2 September 2016

Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman, pada pagi Rabu. 


Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

sultan-selangor
Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah Baginda.
Isteri baginda iaitu Norashikin merupakan seorang pembaca berita RTM.
404deb5e-66f2-4574-9437-1accc410faa1
Terdahulu, Sultan Selangor pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal namun berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.
Setelah itu, baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah

Astro AWANI

Tiada ulasan:
Write ulasan