Rabu, 7 September 2016

Stesen minyak disamun, Tangan diikat

KOTA BHARU - Tidak sampai 24 jam dua stesen minyak di Melor dan Jelawat, Bachok disamun sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata dalam kejadian di sini pagi semalam.

Dalam kejadian itu, suspek turut melarikan pelbagai barangan dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Stesen minyak disamun, pengawal keselamatan diikat

Dalam kejadian di stesen minyak di Melor, kira-kira jam 3.30 pagi semalam, seorang pengawal keselamatan terpaksa berdepan detik cemas selepas diugut lima lelaki itu malah turut diikat dalam kejadian di stesen minyak Melor itu.

Mangsa dihampiri lima lelaki itu ketika melakukan kawalan di stesen minyak terbabit yang telah tamat operasinya kira-kira jam 12 tengah malam.

Lima suspek berkenaan bukan sahaja mengikat mangsa dengan menggunakan tali malah turut memecahkan pintu utama stesen minyak itu di samping turut melarikan minyak pelincir dalam stesen minyak berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut melarikan pelbagai lagi barangan dan setakat ini polis masih mengesan suspek yang dipercayai turut melakukan samun di sebuah stesen minyak lagi di Jelawat, Bachok.

Dalam kejadian di Bachok suspek turut melarikan barangan dalam stesen sebelum berjaya meloloskan diri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, tiga suspek berkenaan, masih dikesan dan meminta jika orang ramai melihat kejadian itu tampil membuat laporan di balai-balai berdekatan.

Tiada ulasan:
Write ulasan