Jumaat, 9 September 2016

“Siapa Yang Kata Kamal Adli Boyfriend Saya?”

Sekejap ya, sekejap tidak dan baru-baru ini pada majlis Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28), Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan juga Kamal Adli hanyalah sekadar kawan baik saja. Pulak.



Tidak tahulah jika Emma hanya sekadar bergurau namun pasangan tersebut bagaikan tidak mempunyai kata putus mengenai hubungan mereka ketika ditemuramah atau – mahu mengelak soalan yang lebih panjang lagi ditanya.

“Saya denga Kamal masih kawan macam dulu. So kitaorang takde apa apa pun. So dia adalah saya punya partner untuk malam ni, saya okay sajalah. Bila masa saya cakap boyfriend?,” jawabnya kepada mStar Online.

Ketika disoal tentang kenyataan Emma kepada Kamal dalam video pendek tersebut, pelakon lelaki berkenaan cuba mengubah topik. Nampak cuba mengelak jawapan di situ. Apa pun, semoga pasangan ini (jika memang sudah dijodohkan bersama) dapatlah merealisasikan fantasi peminat untuk melihat mereka bersanding di atas pelamin bersama

Tiada ulasan:
Write ulasan