Rabu, 7 September 2016

Siapa Nak Beri Mereka Kerja? – Lelaki Ini Kecewa Lihat Warung Milik Warga OKU Dapat ‘Surat Amaran’

Kekurangan yang ada bukanlah satu halangan bagi golongan kurang upaya (OKU) untuk berdikari mencari rezeki. Ramai diantara mereka bekerja dalam sektor professional. Tak kurang juga ada mengambil peluang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. 

Namun, agak mengecewakan apabila ada sesetengah pihak langsung tidak memberikan peluang kepada golongan ini. Baru beberapa hari buka warung, dah dapat surat amaran daripada majlis tempatan.

Seorang OKU baru beberapa hari buka warung

Kejadian.
Semalam saya ke luar daerah. Petangnya saya singgah di sebuah warong. Warong tu nampak baru, moden, kecil dan cantik. Dia baru buka beberapa hari.
Ada empat orang duduk di dua meja yang belum habis dibuka plastiknya. Saya dan rakan saya yang baru sampai duduk di satu table.
“Dia ni OKU pendengaran, ko kena cakap kuat sikit kalau nak order”. Cakap rakan saya tadi.
Tiba-tiba ada dua orang anak muda datang. Saya boleh nampak dengan jelas kerana meja saya depan sekali.
“Saya menjalankan tugas sahaja.” Kata salah seorang anak muda tu memberi sepucuk surat kepada peniaga tu tadi.
Saya tengok anak muda itu menangis lalu dipujuk dan dipeluk ayahnya. Dalam hati saya bertanya kenapa?
Anak muda itu berkata yang dia telah mendapat surat amaran dari MAJLIS TEMPATAN.

Tiba-tiba dapat surat amaran dari majllis tempatan

“Kenapa?” saya nak tahu menyebuk.
Dia menghulurkan surat tersebut.
Ada tiga kesalahan peniaga tersebut.
1. Dia hanya dapat lesen kios bergerak
2. Dia telah buka meja
3. Dia telah meracun rumput dikeliling gerai
Diminta selesaikan sebelum 13 Sept. Saya beristifar “Subahanallah, Allahuakbar, Alhamdulilah”. Tiba-tiba darah naik kepala. Anda fikir anak muda OKU ni salah ke? BETUL DIA SALAH.
Tetapi
Janganlah zalim sangat. Berilah dia hidup dibuminya sendiri. Dia bukan untung besar pun.
Kedainya langgung tak mengganggu. Dia anak muda yang baru nak mula hidup. Saya yakin bila jualan burger nya baik dengan konsep yang baik pasti dia akan mencari tapak yang lebih sesuai. Bukan kat bandar pun dipinggir bandar masuk taman perumahan pun.
Nak cari salah memanglah mudah. Nak cakap “aku berkerja sahaja dan aku penjawat awam”. Memanglah mudah.

Si ayah menangis, anak OKU siapa nak beri kerja?

Saya tertanya-tanya. Mengapa hingga kelewat petang jam 7 malam. Sanggup mengendap dan berkerja hanya nak berikan surat. Anak muda tu bukan tak ada lesen pun. Dia langgung tak diberi muka. Lebih hebat bangsa saya sendiri je. Minta maaflah. Kalau cakap nanti marah. Kelab malam kat bandar tu katanya dah tak keluar kan lesen baru masih ada kedai heburan baru dibuka. Malas dah nak cakap. Sedih sebab aku melayu.
Alasan “aku buat kerja aku je. Nanti cakap tak buat kerja pulak. Kita kena adil pada semua”. Selalu.. selalu.. selalu dengar macam ni.
Saya tenangkan rasa marah. Lebih saya tertekan bila ayahnya yang tua berbisik pada saya sambil menangis. Anaknya OKU siapa nak beri kerja. Inilah sahaja yang dia tahu. Saya sabarkan mereka. Saya call YB kawasan yang kebetulan sahabat saya. YB ambil maklum dan YB memang membantu peniaga ni.
Sebelum balik saya panggil adik tu. Saya berikan semangat. Saya hulurkan RM150 dan saya cakap Jumaat ni buat hari promosi. Buat burger 50 sen. Panggil 200 orang. Pakai duit ni. Jangan patah semangat dan bersabar. Teruskan perjuangan bisnes walaupun susah.
Siapalah saya. Saya harap esok dapatlah kawan saya YB kawasan tu dapat selesaikan masalah ni. Pergilah berunding kat mereka. Tanya.. kenapa sampai nak sangat budak ni tutup kedai. Moga dipermudahkan urusan.
#BerniagaBukanSenang, orang nampak je senang.
#SayaMintaMaaf

Tiada ulasan:
Write ulasan