Selasa, 13 September 2016

Shahir Tak Tolak Jodoh Dengan Erra Fazira

Tidak menolak takdir dan jodoh, penyanyi yang tidak henti-henti dikaitkan dengan Erra Fazira iaitu Shahir menjelaskan bahawa dia tidak mahu bertangguh untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita tersebut jika sudah tertulis ketentuannya begitu.

“Insya-Allah sebagai hamba-Nya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya. “Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuan-Nya”

“Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya. Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah,” jelasnya kepada BH Online.

Seperti yang umum ketahui, pasangan ini sudah lama mencuri perhatian peminat mengenai status hubungan mereka – sekejap kawan, sekejap memberi bayangan untuk berkahwin. Namun peminat pastinya mengharapkan Shahir dan juga Erra akan bersatu juga satu hari nanti.

Tiada ulasan:
Write ulasan